Friday 7 December 2012

Mesin Masa....

Assalamualaikum...

Tirai spm baru sahaja di tutup rabu hari tu.. Yea aku tahu, apa kena mengena dengan aku.. ye dak..

tapi..

yang buat aku kisah ialah adik aku yang no4 tu boleh di kira dah merdeka la sekarang..

dan zaman risau merisau sudah tiba di kemuncak..

Aku tahu aku bukanlah seorang kakak yang baik untuk di jadikan contoh,

TAPI,...

aku nak dia tahu, ataupon ambil kesilapan aku tu sebagai pengajaran buat dia supaya dia tak jadi macam aku..

sebelum ni, aku pernah sound die.. yea, untuk budak belasan tahun yang baru nak naik, bila kena tegur memang cepat melenteng.. ada je benda nak di jawabnya.. mungkin die tak sedar yang kita ni tegur untuk
kebaikan die jugak (mungkin ini rasa mama masa aku buat perangai dulu)

Mungkin die tak tahu, kalau aku ada mesin masa aku ingin patah balik kebelakang.. Aku ingin betulkan balik
benda-benda bodoh yang aku pernah buat dulu.. tapi aku sedar, nasa tak akan boleh di undur.. aku cuma mara ke hadapan dan cuba bangun daripada kesilapan yang pernah aku buat dahulu..

Bukan senang untuk kita sedar dan bangun.. kadang-kadang kita tahu apa yang kita buat tu salah.. tapi kita tetap buat.. kenapa?? sebab kita rasa seronok buat benda tu.. Contoh aku ambil pada diri aku sendiri, "Couple" aku tahu couple tu haram, aku tetap couple.. masa tu fikir nak seronok.. tapi, bila kecewa rasa serupa apa.. tak best pon couple tu..

Alhamdulillah, perkenalan aku dengan tunang aku ini sebagai kawan dan kami terus bertunang.. InsyaALLAH jika kami di panjangkan jodoh kami akan bernikah.. Hubungan yang di bina bertahun-tahun
tapi akhirnya sebagai seorang kawan dan mungkin akan menjadi seseorang yang kita tak kenali..

Cukuplah apa yang aku rasa, sumpah aku tak ingin dia merasakan apa yang aku rasa.. Bercinta, Berseronok, Kecewa.. untuk apa??

kadang-kadang, kita tak sedar kita buat kesilapan sampai kita dah jatuh terduduk, masa tu baru terfikir
kenapalah aku tak ikot cakap mak ayah.. masa tu nak patah balik pon tak guna.. Oleh itu..
Buka mata, kejar cita-cita.. bukan cinta.. Serahkan semuanya pada DIA yang satu.. Cintakan DIA.. insyaALLAH kita pasti akan dapat cinta dariNYA jua..

Aku pon dah tak tahu nak tulis apa, cuma aku harap dia sedar dan tak buat kesilapan yang aku buat
supaya die menjadi insan yang lebih baik.

sekian

p vs s: aku terfikir nak balik ke darjah lima kalau aku ade mesin masa.. kau?? ;)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.