Friday 18 January 2013

WHO SHOULD LISTEN WHEN I'M SPEAK?

Assalamualaikum dan selamat pagi (waktu aku tulis ni pagi) hehehe

Tajuk entri kali ni berkaitan isu semasa sikit.. ye yang heboh sekarang ni..korang takkan tak tahu, kalau tak tahu pegi google sana.. sebenarnya aku nak buat sikit review la.. ni dari pandangan aku..siapa tak setuju ruang komen ada.. :)

pertama,

dia suruh orang listen dan respect tapi dia sendiri tak buat..sepatutnya dia bagi budak perempuan tu habiskan ayat dia dulu bukan ayat la.. soalan.. aku tahu bila kita dalam keadaan tu kita akan rasa kita seperti diprovok..tetapi itulah tugas dia, sepatutnya sebagai seorang yang lebih matang dia lebih baik mengendalikan situasi tersebut tetapi dia gagal.. itu pada aku la..  tapi dia power la dapat tahu emosi ikan cemane..aku nak tahu emosi dak omey pon kemain payah..kahkahkah.. dia patut mintak maaf sebab pada aku cara akak ni kuajaq..kalau aku tengah cakap orang potong pon aku hangin.. cilake apa kau aku tak habiskan ayat kau dah lorat nak potong..kate demokrasi.. mana hak kebebasan bersuara kami??!! pergh nampak tak betapa emosinya aku..

kedua,

bagus budak perempuan tu sebab dia berani bersuara.. jarang ada mahasiswa yang berani tampil ke hadapan dan bersuara.. tapi aku bukan kata aku tak setuju dengan dengan dia cuma bab free education tu macam kurang setuju.. kenapa nak di bandingkan dengan negara2 macam tu?? pertama, cuba kita fikir apa beza negara yang dia sebut tu dengan malaysia?? kenapa negara tersebut bagi pendidikan percuma?? sebab negara mereka mundur, rakyat mereka susah..jadi untuk meningkatkan tahap pendidikan selaras dengan pembangunan mereka, mereka bagi pendidikan percuma.. apa tak sama ke dengan PTPTN?? kalau nak percuma tak nak bayar, kasi la dapat degree first class.. free, x payah bayar.. ada kau fikir?? tahu nak memekak je.. orang jerit kau pon nak jerit.. kenapa dia tak bandingkan dengan negara maju yang lain?? ada havard bagi percuma nak masuk?? come on.. fikir..

sebenarnya anak-anak muda hari ni terlalu taksub, pada aku la.. sebab apa.. yelah dia dah pinjam, ye aku tahu interest ptptn macam cilake tinggi dia.. dah kau yang setuju siap tanda tangan lagi, bukan takde yayasan negeri masin-masing.. tapi sebab nak duit yang banyak, nak beli gajet, macam la aku tak tahu, aku pon student gak dulu.. tapi pada aku senang, kalau korang tak nak bayar nak percuma belajar rajin2 dapat pointer 3.5-3.8 keatas terus jadi tak payah bayar.. free.. free kot.. jangan la kate tak tahu, kawan aku tak bayar kot..

ni nanti ada la yang kata aku anjing kerajaan tulis macam ni.. pencacai orang sana sini.. tapi ni pandangan aku.. simple je..

"NAK PENDIDIKAN PERCUMA BELAJAR RAJIN-RAJIN DAPATKAN DEGREE FIRST CLASS, JADI PERCUMALAH PINJAMAN KAU TU.."

sekian terima kasih daun keladi...


pesanan : aku pon peminjam ptptn dan aku sedar berapa banyak aku kena bayar, dah hutang pandai2 la kau settlekan..

Tuesday 8 January 2013

membebel #3 Selesai 1 Part

Assalamualaikum

Semalam aku baru habis paper terakhir ijazah aku.. orang lain which means classmate aku dah konvo tahun lepas..aku je yang buat sampai 3 tahun.. rasa loser sikit kat situ..tapi sekurang-kurangnya aku habis belajar.. tu je.. pointer jangan cakap.. second class lower je aku mampu.. banyak main semester satu dulu.. padan muka aku.. takpelah aku belajar dari kesilapan aku.. dan aku dah pon apply untuk master..asalkan pointer atas 2.5 boleh je mohon kat uitm ni.. Alhamdulillah kalau dapat syukurlah..

Sebenarnya aku tak rasa nak sambung master ni.. tapi tunang aku pon suruh aku sambung, dia bagi aku peluang nak belajar.. lepas aku habis dia pulak nak sambung..tapi kalau rezeki awal dia sama-sama la belajar dengan aku.. Kira aku ni berangan tinggi jugak la, siap tengok universiti kat luar negara.. hahah tak nak kalah, tapi aku tengok je.. nak apply? non ado.. mahal weh.. giler.. nak dapat scholar pon aku tak layak..

Ada orang kata aku culture shock masa masuk uitm dulu.. Yea aku mengaku, sedikit sebanyak aku memang culcute shock aku silap, aku mengaku.. tapi tu bahagian aku dan sekurang-kurangnya aku sedar yang aku pernah melakukan kesilapan.. dan aku move on.. aku cuba habiskan belajar ni jugak.. mungkin waktu tu umur aku muda lagi kot.. dapat pulak universiti dekat bandor.. feeling bandor la kejap.. haha tapi itu aku yang dulu la.. 

Masa parents aku nak pergi Mekah untuk buat haji masa tu aku sedar yang selama ni bapak aku lah yang tanggung dosa aku.. mak dengan ayah aku dah jaga aku baik-baik dah tapi aku tambah dosa diorang lagi.. so aku pon ambil keputusan untuk berubah.. bukan secara drastik, sekarang pon aku masih terus belajar.. belajar untuk terima kesalahan dan cuba untuk fix balik masalah yang aku cipta sendiri..

Alhamdulillah sedikit sebanyak banyak yang dah berubah dalam diri aku sekarang ni.. aku bersyukur.. bila aku nak berubah ALLAH hantarkan orang-orang yang baik untuk sentiasa bagi aku nasihat dan tunjuk kat aku jalan nak berubah.. Sekurang-kurangnya aku berubah ke jalan yang lebih baik daripada sebelumnya.. ada hikmah semua benda tu jadi ke aku..

Mungkin kalau aku tak jatuh aku tak akan belajar macam mana nak bejalan dengan betul..aku still lagi bejalan menyerong.. nampak?? aku tak bangun untuk buat kesilapan yang sama kali dua.. aku dah jumpa destinasi terakhir aku, yang mana aku akan menetap di sana untuk satu jangka masa yang panjang, sampai bila?? aku tak tahu cuma aku harap biarlah ianya berkekalan hingga akhir hayat aku..

Aku tak benci dia.. tapi aku sayang dia sebab bagi aku peluang untuk belajar.. belajar daripada kesilapan.. sayang tak semestinya cinta kan.. tapi aku pon bukan jenis nak mendoakan kebahagiaan dia.. apa yang aku tahu sekarang aku dah penat nak jaga hati dia..sentiasa nak melindungi sehingga hati aku yang sebenarnya sakit.. aku tak mampu lagi.. jadi aku pilih jalan aku sendiri, biarpun berliku sekurang-kurangnya aku nampak penghujungnya.. 

Doakan aku

Sekian.


p dan s bergabung : fikir untuk masa hadapan, bukan hanya untuk waktu sekarang.. fikirlah.. kau yang pilih kau nak jadi apa.. bukan aku bukan sesiapa tapi diri kau sendiri..

Sunday 6 January 2013

Aku Cuma Mahu Lupakan KAMU

Judika, Aku Yang Tersakiti

sumber youtube


layan je la lagu ni.. aku suka pulak dengar part korus tu...


"....Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia..."


p jentik s : kadang-kadang melupakan seseorang lebih sukar daripada menyintai seseorang...

Saturday 5 January 2013

menulis #4 CURANG is WONDERFOOL??

Assalamualaikum....


banner ni classmate aku yang buat, jumpe kat google


pergghhh tajuk tak nak kalah..oke dah..

kenapa pasangan perlu curang??

kalau pasangan kita tiba-tiba ada makwe/pakwe lain kita rasa kita takde buat silap pon.. tapi kenapa kita kena dumb macam tu.. sakit tahu?? hahha..padan muka sapa suruh bercinta muda-muda..kahkah.. ok dah.. maafkan penulis.. *emosi gelakkan orang*


aku tahu mesti korang rasa marah gila.. yela mane taknye enkorang punyalah setia tapi tiba-tiba pakwe/makwe korang selamber je ade orang lain.. sebenarnya, bila benda ni terjadi kita mesti nak salahkan orang lain.. maksud aku, korang salahkan pakwe/makwe korang yang curang tu tanpa korang sedar sebenarnya korang pon buat silap jugak.. tapi tak nak mengaku, sebabnya satu je.. ego..


manusia ni memang lumrah dijadikan macam tu, bila buat baik cepat je mengaku tapi bila buat jahat kemain susah nak ngaku.. yelah siapa nak ngaku salah sendiri ye dak?? tapi aku rasa tak salah kalau kita cuba tengok balik apa kesalahan pada diri kita dan cuba perbaiki.. bukan nya kau ambil jalan mudah untuk terus-terus menyalahkan orang lain..


situasi dia simple, setiap perkara yang berlaku dalam sesebuah perhubungan tu pasti ada puncanya.. puncanya bukan bermula apabila pasangan korang ada orang lain (curang).. tapi sebelum tu.. korang penah fikir tak yang berapa lama dia bersabar dengan perangai korang?? betapa banyak dia makan hati, sakit otak fikir hal korang.. tapi korang senang-senang je letakkan kesalahan korang semua dekat dia..


sebenarnya dalam kita tak sedar setiap pasangan pasti ada rasa sifat tak puas hati antara satu sama lain.. yea aku akui aku pon turut begitu.. sebab itu perlunya ada perbincangan.. dan mestilah disusuli dengan tindakan..barulah perhubungan itu cantik.. tak guna jugak kalau berbincang bagai nak rak tapi takde tindakan serupa macam tanam bunga tak siram dan jaga..harap hujan je.. tak guna..


member aku penah sembang dengan aku tentang benda ni, dia cakap kat aku..

" kalau kita memang dah betul-betul jumpa pasangan kita, tiada alasan untuk kita cari makwe/pakwe lain.. lainlah kalau kau memang jenis tukar-tukar pasangan "

aku pon sendiri ada baca bila aku search benda ni.. tapi aku dah lupa.. kalau aku jumpa nanti aku akan attach balik kat sini.. aku rasa kenyataan yang member aku bagi tu betul.. sebabnya, kalau masa kita dengan pasangan kita, kita rasa tenang je, kira rasa selesa, kekurangan kita ditutup oleh dia, kekurangan dia ditutup oleh kita, jadi saling melengkapi antara satu sama lain.. jadi kalau dah rasa macam tu adakah kau rasa engkau sendiri akan cari makwe/pakwe lain?? masalah curang tu akan timbul apabila ada masalah dalam hubungan tu.. 


kita ni senang bila dah kena tinggal kita salahkan pasangan kita sebab tinggalkan kita ikot makwe/pakwe lain.. tapi kita sedar tak kenapa dia tinggalkan kita.. yea mungkin cara mereka tu nampak kejam.. tapi adil tak enko rasa dekat dia yang menunggu enko berubah yang tak ubah-ubah..janji tabur macam-macam tapi akhirnya hanya apa pon takde..


sebenarnya dalam isu kat atas ni, apa-apa pon enkorang kena sedar yang jodoh-pertemuan, ajal-maut semua di tangan ALLAH.. ye kita sebagai hambanya perlulah berusaha.. cuba kita tengok balik diri kita apa yang kita dah usahakan?? setakat kau tunggu pasangan kau tanpa bertindak itu kau kate usaha?? jangan buat lawaklah..serius itu tak kelakar.. kita kena sedar setiap orang tahap sabar dia pon ada limit..


jadi bila kena dumb korang jangan cepat sangat melenting.. korang cuba tengok balik kenapa hubungan korang jadi macam tu.. kenapa?? apa sebabnya?? kaji dulu.. dan tak salah cakap mintak maaf.. korang sedar tak yang sebenarnya ALLAH tu dah sediakan jalan yang paling indah untuk korang.. hari ni mungkin korang kena tinggal dengan makwe/pakwe korang tapi korang sedar tak kalau dia tak tinggalkan korang, korang takkan berpeluang jumpa orang lain dan perbaiki diri korang untuk perhubungan itu jadi lebih baik..


......................................................................


mak sedara aku pernah nasihatkan aku, masa tu aku tengah drive dan memang emosi aku tengah tak stabil masa tu fikiran aku bercelaru, hati aku tengah keliru.. antara sayang dan cinta, masa hadapan dan harapan..dia cakap:

"dalam dunia ni kita kena sedar semua benda bukan milik kita.. kita ni penyewa je dalam dunia ini..kita kena ingat, dunia yang kekal selamanya ialah apabila kita mati dan dihidupkan semula.. kenapa hendak menangis bila ALLAH tarik balik apa yang pernah dia pinjamkan dekat kita?? kita patut bersyukur.. dia uji kita sebab dia sayang dan dia tahu kita mampu untuk menghadapi ujian tu.. kalau kita redha mesti senang hati kita, tapi untuk redha dan ikhlas bukan semudah petik jari.. hati kena merelakan.. jujur pada diri sendiri, jujur pada hati.."


cukup.. sampai situ je.. apa yang dia cakap dah cukup buat aku sedar.. yang selama ni aku dah lama sangat hidup dalam angan-angan dan mimpi yang entah kemana.. jadi kerana itu aku bangun kembali tanpa mengharapkan sesiapa...


kadang-kadang ada benda yang kita nak sangat tapi kita tak dapat dan benda yang kita tak nak tulah yang kita dapat.. jadi kenapa susah sangat nak bersyukur untuk apa yang kita dapat daripada kita tak dapat apa-apa.. perkahwinan bukan sekadar majlis, tetapi ikatan dua buah keluarga dan keredhan kedua ibu bapa kita.. meraka tahu  yang terbaik..


sekian..



p cubit s: aku tak pernah curang  kepada pasangan aku, tetapi aku beri peluang kepada hati aku untuk orang yang menghargai kewujudan aku.. untuk kau.. aku salah ke?



Friday 4 January 2013

membebel #2 TAHUN BARU, AZAM BARU

Assalamualaikum



Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua...Semoga tahun 2013 ni mendatangkan keberkatan kepada kita semua.. inshaALLAH.. untuk aku sendiri begitu banyak perkara yang dirancang dan aku hanya mampu berdoa agar semuanya dipermudahkan..

Kebahagian tu bukan datang sendiri tapi kita kena cari.. Yea aku usaha untuk cari kebahagian aku sendiri tanpa aku bergantung pada insan yang aku harap boleh bagi aku kebahagian... dulu.. dulu la.. Pada aku satu je, hidup kena ada matlamat.. Tanpa matlamat kau serupa botol kosong yang balutnya cantik.. Nampak cantik diluar tetapi didalam KOSONG.. 

Tahun lepas aku sendiri dah melalui satu fasa yang mematangkan aku dalam hidup.. Yang dapat membuka mata aku untuk melihat siapa yang lebih menghargai diri aku dan memandang aku sebagai seorang wanita dan bukannya betina.. Yang memandang aku untuk menjaga dan mendidik aku bukan untuk menjadikan aku tempat permainan yang selepas seronok digunakan ditinggalkan.. Yea aku bersyukur kerana setelah 12tahun terjebak dalam cinta monyet yang memang diakhirkan dengan jatuh terjelepuk ke tanah (padan muka aku) aku akhirnya dapat keluar dari kaum monyet tersebut.. dan aku dah berjanji pada diri aku sendiri, kalau aku ada anak nanti selagi dia belum tamat persekolahan jangan berharap nak bercinta..langkah mayat aku dulu.. amboi keras bunyi, tapi aku serius..

Aku akui bukan senang untuk melupakan orang yang kita pernah sayang separuh mati, tapi ianya tidak susah.. Pokok pangkal hati kau.. Hati kau kena kuat.. Sayang tu kena dua-dua.. kalau sayang sebelah pihak je pon tak jadi..dan kalau cakap sekadar kat mulut je sayang tapi kau buat dah tak endah.. baik kau hidup single sehingga kau betul-betul bersedia.. Pada pandangan aku la.. Sembang pasal komitmen dan sayang tapi kau sendiri tak pasti apa kau buat dalam hidup pon tak boleh.. 

Tahun Baru ni aku rasa memang betul-betul permulaan yang baik untuk aku.. Aku tukar tempat kerja, kerja baru, suasana baru, kawan-kawan baru, yang lebih baik.. INSYAALLAH, ALHAMDULILLAH.. Aku tengah tunggu masa untuk aktifkan nombor baru aku.. Aku tahu yang dia takkan cari aku lagi dan aku pon berharap yang aku tak payah cari dia lagi.. Tapi aku tukar nombor ini untuk aku berdiri dengan lebih kukuh lagi tanpa ada ingatan lain.. Hp yang aku pakai sekarang pon aku beli dengan dia, dan aku memang nak tukar hp baru pon.. OTW semua aku dah susun satu-satu untuk nampak lebih tersusun..


Aku percaya pada perancangan ALLAH itu adalah yang terbaik.. Dia bagi aku hujan lebat guruh berdentum bagai tetapi di pengahirannya sebelum dia bagi aku matahari yang menyinar dia hadiahkan aku pelangi yang indah.. 


walaupon pelangi itu kekalnya hanyalah seketika, tetapi dek kerana cantiknya dia aku terus gagah menghadap sinaran matahari yang bahangnya masih akan aku rasa tetapi cahaya dan sianarannya melengkapkan aku.. 


Syukur ya ALLAH atas semuanya.. Aku berharap semua ini kekal hingga ke akhir hayat aku.. Kau permudahakan urusan hambamu ini.. 


Akhir kata, Selamat Tahun Baru Kalian.. Semoga Tahun 2013 ini lebih baik untuk kita semua.. Tinggalkan perkara lama, mulakan nafas baru, kamu yang baru.. Kita boleh :)


P bisik ke S : orang bila dia lakukan kesilapan dia tak pernah sedar, hanya tahu salahkan orang lain..kau nak tahu sebab apa?? sebab EGO..