Tuesday 24 September 2013

Y A K I N

YAKIN!!

Aku ni terlalu yakin atau terlebih yakin ke?
Sebab aku pasang impian nak ke sana?

Persoalanya, aku juga masih terus mencuba, cuba untuk mendapatkan tempat di sana.
Soal yakin atau terlalu yakin itu aku jugak sama seperti yang lain, was-was.

Sebab aku tahu, bukan senang untuk ke sana.
Bukan semua orang dapat peluang ke sana.

Aku cuma mampu untuk mencuba dan terus mencuba.
Kerana itu cita-cita aku, impian aku. Bukan kau.

Jadi aku harap, kau boleh berhenti untuk terus mempersoalkan,
Yakinnya aku, Mampukah aku,
atau
Layakkah aku?

Sebab aku sendiri pon tak tahu, aku cuma mahu mencuba.
Sekurang-kurangnya kalau aku tak dapat, aku tahu aku pernah cuba.

Jadi salahkah aku terus yakin?

Friday 20 September 2013

Impian yang kesampaian atau ketidak kesampaian

Assalamualaikum

Hye harini aku nak membebel sikit. Randomly tentang impian aku sejak kecil. Aku ni sejak kecil memang suka berangan.. Tapi berangan je la dapatnya. Macam contoh aku pasang impian nak belajar dekat kolej tunku kursiah.. end up aku belajar dekat sekolat kebangsaan tunku kursiah je.. hahah oklah dapat la gak kan.. bangang betul rasa buat lawak tapi hambar ni.. ok dah..

Aku punya impian dari kecil lagi nak belajar oversea. tapi disebabkan kepala hotak aku ni takde lah bijak sangat sampai nak further study ke sana lepas spm aku simpan dan pendam je impian aku ni. sampailah aku habis degree aku terfikir nak sambung master sebab aku malas nak kerja. boleh alasan gitu? ntah la aku rasa aku tak puas lagi belajar. sampai aku rasa puas hati dengan result aku tu aku berhentilah.

setelah aku berbincang dengan pentunang tentang planning aku ni dia cakap okay, tapi dia mintak aku tak ambil kos yang lama2. so far yang aku tgk it just take about 1 year. hopefully if dapat lah..so now aku dah apply utk master. kat mana tggu lah approve application aku tu baru sembang lain. tapi aku betul2 harap aku dapat. with scholarship indeed. itupon kalau dapat. proses banyak lagi ni. tapi aku rasa utk tempoh tu aku boleh prepare all the document for requirement.

Jangan cakap aku nak sambung luar negara ke dalam negara sebab aku tengok mane yang dapat. yelah result spm and degree pon takde lah hebat mane. hoh. lap peluh.. nervous kalau ingat result spm.. :(

last but not least, jom doa sama-sama semoga urusan kita dipermudahkan. AMIN

love u guys.

Ally

Thursday 5 September 2013

M Y W E D D I N G C H E C K L I S T #2

Assalamualaikum

Hye hari ramai betul staff office ni ambil cuti, termasuk bos aku.. So aku pon ambil peluang up 1 2 entry :)

MAJLIS AKAD NIKAH

Untuk majlis akad nikah aku, setelah berbincang sebulat suara akan dilangsungkan di rumah. Yelah sebab aku pon dah buat majlis kawin di dewan, so papa nak buat satu majlis di rumah pulak.. As u wish mom..dad.. Pada mulanya majlis sanding pon nak buat kat rumah tapi aku yang tak nak.. bukan isu demand tapi aku tak nak mak aku kena kemas sorang-sorang.. ok dah.

Untuk majlis nikah ni, aku boleh cakap yang 50% dah siap. Borang tak settle lagi sebab pentunang aku masih belum sempat proceed bahagian dia untuk submit ke sana. Dia tak dapat cuti, cuti kena reject dgn bos. kecik ati jugak aku dengan perangai bos dia tu. hoh.

Nikah ni untuk hantaran aku dah settlekan, barang dan hiasan. nasib baik cukup bajet aku.. huhuhu So sekarang tunggu output dari tukang buat hantaran je. Caterer dan khemah pon mama dan papa dah settlekan. bab makanan memang aku kasi ke mama dan papa la untuk decide. 

Untuk baju je aku risau sikit, diam je.. diam kalau diam dan buat aku tak kisah. jangan diam tapi tak buat je.. haaa kasut aku tak cari lagi, myb beli yang biasa2 je. tapi tak tgk lagi pon.. kaki aku ni bukan boleh pakai heels sgt. nntlah itu cari kemudian pon takpe, kalau takde aku pinjam je lah siapa2. bukan nak pakai pergi mana pon.

Pelamin tu aku nak buat yang simple je. tapi aku memang nak buat sendiri pon pelamin tu. semua aku nak buat sendiri la eh! hurm.. kad kawin dah siap tunggu nak ngantor print, bunga telur pon x siap lagi.. sedihnya dengan perangai diri sendiri. 

nntlah aku sambung lagi.. okay