Tuesday 29 October 2013

K E R J A

Assalamualaikum

Hai lately ni aku stress betul. Stress dia sampai aku rasa nak berhenti, menyampah dengan semua orang dekat office ni. Tu yang membawa kepada pos yang bukan2 dekat fb. Dan kebetulan pulak husband HOD aku ada dalam friendslist aku. Mengadulah, apa lagi.

So aku kena panggil la apa lagi. Lagi dan lagi.. lagi.. Celake banyak betul lagi. Dia tanya apa sebenarnya masalah aku. Hamik ko, aku dah memang piss off hbais, aku cakap je semua sebab apa aku jadi macam tu.

Celake betul selama ni stalk aku, sampai bende2 privacy aku pon dia nak ambil tahu. Lepas tu siap mintak maaf sebab campur hal personal aku. Like hek eleh. Bosan betul part tu.

Betul aku cakap, aku takde masalah pon dengan kerja aku, aku suka kerja aku buat sekarang ni, yang aku menyampah management. Entahlah, Dapat hod pon selalu nak tunjuk hebat depan orang, yelah dah tentulah dia hebat tapi tayah kot nak tunjuk sangat macam konon2 awak paling penting. pui. Ewah emosi betul aku ni..

Aku fikir nak berhenti, tapi semua orang suh aku sabar sampai dapat kerja tempat lain. Dan aku pon nak kawin, jadi aku rasa aku perlu bersabar sikit. Mungkin ni ujian nak kawin. Dah lah aku nak sambung buat kerja. Bosan betul kalau tiba2 hod aku jerit panggil nama aku dari dalam bilik dia.

Annoying tahu annoying? hoh!!

Monday 28 October 2013

H E T U R N I N G 2 5 T H

Assalamualaikum

Cinta Bersatu - Liyana Jasmay

First of all,
Thanks you very much for always
be there for me,
Supporting me when i'm suddenly collapse,
Encouraging me to study and finish what i had started,
Listening to all my problem and solve with your soft spoken opinion,
For joy and love that you give,

How can i ask more for what ALLAH give me?
because you're the best thing happen in my life 
and 
for all those other things that you made for me.
Thank you dear.

HAPPY 25th BIRTHDAY LOVE

I'll love you till my last breath, insyaALLAH
MAY ALLAH EASE EVERYTHING FOR US.

-AMIN-









Thursday 24 October 2013

M Y W E D D I N G C H E C K L I S T #3

Assalamualaikum

Untuk entri ni aku nak kongsi tentang Majlis Pernikahan aku nanti. InsyaALLAH jika di izinkan ALLAH aku akan dinikahkan pada 22 November 2013 mengambil berkat hari Jumaat dan venue adalah di kediaman keluarga aku di Melaka. Yea awak, saya tahu lagi 29 hari lagi. Kau ingat tak nervous hati hakak ni? heh...

So all my preparation going well. Alhamdulillah.

1) Pelamin
Aku tempah kat Melaka je. Untuk majlis nikah dan berinai malam tu je. Vendor ni aku pakai yang buat majlis tunang aku dulu. Simple dan murah. Gambar nanti aku up lepas majlis la yea. tehee

2) Make-Up
Pon MUA dari Melaka je. Salima Samail. Rakemen daripada member baik aku sebenarnya. Akak-akak dia semua pakai MUA tu. Hopefully hasil dia pon cantik, menarik tertarik kau memang deBOOM!

3) Baju
Baju Melayu pentunang dah lame siap. ada la 2 bulan aku rasa. yang aku pon baru siap last 2 week. tapi aku nak kena alter balik tu sebab kalau orang tengok aku pakai gitu mati kena bebel. sebab ketat sikit bahagian bawah. So maybe dalam next week aku pergi jumpa dia. Aku buat kat most talented designer Fuzana Mohtaza. Ni pon kawan aku rakemen.

4) Khemah
Untuk khemah ni papa ambil 2 buah khemah je. Sebab majlis aku pon nanti akan dibuat kat dewan. Tapi aku da mneyesal ni. Baik buat dekat rumah je. Khemah murah weh. Sewa khemah tu siap skirting+meja+kerusi. Dalam RM500. Murahlah pada aku.

5) Caterer
Kan aku dah cakap, bab makanan ni memang aku bagi mama yang uruskan. Yang aku tahu, caterer majlis nikah ni sama dengan majlis sanding aku. Mama cakap senang ambil satu tempat. Aku tak kisahlah.

6) Hantaran
Part ni aku kecik hati sikit. Nanti jelah aku cerita. Geram.

7) Photographer & Videographer
Untuk photo aku ambil dari Andaq Photographer, dia ni member aku yang rekemen. Gambar dia pon aku tengok cantik. Kita tengoklah hasil dia macam mana nanti. Dan Videographer ni aku ambil masa aku pi pameran kahwin dekat SACC Mall. Hopefully hasil kedua2 nya dapat puaskan hati aku ni..

8) Bunga Pahar
Bende ni aku tak start pon buat lagi wei.. Ahhhhh kecewanya dengan diri sendiri. Barang dah beli tapi tak mula2 lagi. Awak semua doakan saya sempat siapkan okay.. Bajet nak DIY la konon.

Aku rasa itu je dululah.. Nanti sambung lain pulak. Bye

Wednesday 2 October 2013

Because Study is too Wonderful

Assalamualaikum

sekadar gambar hiasan

Bila aku tengok gambar aku mesti rasa nak belajar.
Tapi.. Jangan salah paham, aku nak belajar bukan sebab gambar.
Cuma aku belum puas untuk rasa nikmat belajar tu.
Aku rasa semakin aku belajar semakin aku bangang.
Banyak bende tak tahu. 

Dan

Yang paling penting!!
Kalau.. Kalau okay..
Aku dapat sambung belajar kali ni..
Aku dah niat yang aku nak dapatkan first class.
Okay kau katalah aku berangan.
Hidup dalam fantasi..
Tapi aku kena usahakan untuk rasa susah payah 
dan
dapat imbuhan dari apa yang diusahakan
Aku tahu, kalau aku berangan je mesti tak dapat.
Yea. aku kena usaha.

Work hard for what i want and sure
Because study is too Wonderful
what the hell i'm mumbling around?
Just please..

Awak sila doakan saya. Terima kasih :)