Friday 21 December 2012

SELAMAT TINGGAL SEMUA

Assalamualaikum...

Aku rasa aku perlu...
Aku perlu untuk tinggalkan  twitter, facebook sekali lagi..
Aku perlu untuk terus mencari kekuatan...

Aku rasa aku perlu tukar nombor baru...
Aku kena buang benda lama untuk jadi baru..
Aku kena lakukan..

Yang aku akan tinggalkan..
Hanya blog ini.. Yang sentiasa sepi tanpa pengunjung....
Ya aku selesa dengan itu..

Meluahkan sesuatu tanpa orang ketahui siapa aku..
Mungkin ada yang mengenali aku..
Tetapi ramai jugak tidak mengetahui dengan kuwujudan blog sepi aku..

Mengapa aku jadi begini??
Mengapa hati aku rasa di main-mainkan??
Mengapa jiwa aku terasa sakit??

Aku tiada jawapan itu..
Aku sendiri tidak pasti..
Akukah yang masih keliru..

Yang pasti, aku akan pergi..
Dari semua itu untuk satu jangka masa yang panjang..
Kerana hukum yang aku letak..
HARUS, WAJIB dan PERLU

Untuk aku bina hidup baru dengan lebih tenang... InsyaALLAH

Thursday 20 December 2012

GADIS EMOSI dan BUKAN REZEKI

Assalamualaikum...

Cerita bermula:

Gadis emosi ni sebenarnya baru lepas interview dekat suatu tempat yang dirahsiakan namanya.. nak dijadikan cerita, lepas interview tu omma dia call.. dan dia ni punya la excited sebab dia tahu hari ni result PMR keluar.. tapi die tengah drive.. dia monolog, "ahh peduli lah.. gila apa tak jawab panggilan ibu.. derhaka weh..derhaka.." jadi dia pon menjawab la panggilan itu...

" Assalamualaikum.. Awak agak-agak adik dapat berapa A?"

agak mencabar soalan tu untuk di jawab... lalu gadis emosi tersebut menjawab : 

" Mom can you just tell me?? haha..but i hope he will get straight A's"

dengan agak-agak melompat ibu gadis itu dia pon jawab,

 "Alhamdulillah, finally he get straigth A's.. I'm so happy.."

yang gadis emosi tu dengar-dengar je terus mengucapkan rasa syukur sambil air mata bergenang-genang menunggu masa jatuh ke pipi.. apa ni menangis?? orang dapat result gempak dan power dan hebat ni, dia menangis... tapi tulah nak cakap sebab dia emosi.. emosi gila tahap teragung..kahkah...

tiba-tiba.......!!!!!!


bunyi ala-ala siren turun makan masa dia kat asrama dulu, dia pandang kiri kanan highway ni.. tak boleh jadi.. salah dengar ke?? pandang side mirror.. cilake ini siren polis..setan..setan... dalam hati gadis emosi..

 "ahhh ini bala.. bala....."

sambil menghabiskan ayat terakhir ke ibunya

"mom, i should go now.. ada polis.. demit"

...................... teettttt talian di matikan...

.....................................................................................................................................................

incik polis:

"awak kerja apa??"

"sila keluarkan ic dan lesen awak...."

"awak tahukan kalau kena saman kena bayar RM300.."

kemain non stop...

si gadis ini menghulurkan ic dan lesen yang di minta pada awal tadi sambil menjawab :

"tahu incik, takpe.. incik saman je la saya"

gila redha habis dah.. dalam hati gadis tu.. piglet..pooh.. sponge bob..  banyak kot.. ahhh setan betei..

secara tak langsung semasa menghulurkan ic dan lesen tadi polis itu pun secara tak sengaja telah terpandang ke muka gadis emosi itu.... lalu bertanya :

" kenapa awak menangis ni?? "

gadis manje mengeleng-geleng kepala sambil menjawab.....

"takde pape incik, incik cepat la sikit saman saya"... 
(dalam hati..apa setan ko merepek ni??)

"kalau takde pape kenapa awak menangis??"

masih menangis....
"se....see...benarnya... tadi maaakkk.. saya yang call, dia bagitahu datuk saya baru meninggal"
(celah mane atok kau weh?? 
AMARAN: PERBUATAN INI TIDAK LAYAK MENJADI IKUTAN)

"datok awak meninggal?? sakit apa?? kat mana??

soalan dijawab sepi oleh tangisan yang teresak-esak macam setan nok harem tu...

"takpelah kali ni saya bagi awak muka.."

polis tu terus bagi ic dan lesen dan blah.. 

ape setan la si gadis emosi ni tadi terus menangis macam haper kat dalam kete tu.. sambil ketawa.. cilake punya perangai.. nangis dan ketawa.. kuajaq betul.. terus dia melepak kat dalam kereta sehingga emosi dia kembali stabil untuk memandu ke destinasi seterusnya.. sambil berfikir dan ketawa yang bersisa, datuk mane la yang baru meninggal tu?? datuk dia dah nak 20 tahun meninggal.. kahkah.. sambil berdekah dan rasa bersalah menghantui diri..

sampai kat depan lagi (jalan arah yang sama) dia terserempak lagi dengan incik polis tersebut tetapi dia dah jumpa mangsa lebih baik.. besar dan mahal.. kagum betul dia tengok kesungguhan incik polis itu buat kerja..kahkahkah... tulah pegi tanya kenapa dia nangis lagi, lain kali saman je.. tu mesti ada niat lain kan..kan.. kahkahkah.. takpelah anggap je BUKAN REZEKI polis tu nak saman gadis emosi tersebut.. kahkakah...


p vs s : gadis emosi tersebut sememangnya manja dan tiada kaitan dengan penulis sama sekali...kahkahkah dan sehingga saat ini gadis emosi tersebut masih ketawa..kahkahkah..


Tuesday 18 December 2012

membebel #1 THANK YOU AND I LOVE YOU

Assalamualaikum

sumber google
blog ni bukan apa-apa cuma hasil daripada kehidupan seorang makwe yang gigih bangun dan berdiri setelah jatuh dan terluka.. biarpon hanya jatuh dan terluka sekali tetapi kesannya seperti panah yang menusuk lalu tembus ke belakang badan.. amboi puitis betul..kahkahkah.. 

btw this is my new blog.. awak kenal saya?? tak kenal takpe.. bagus jugak sekurang-kurangnya aku tak malu merepek dalam ni.. kang kalau kenal kena nganjing je kalau melepak.. (untung dapat kawan gini) jadinya aku harap enko orang tabah la singgah blog aku ni..
hahaha.. 

last but not least...

enjoy and have a beautiful life peeps

p vs s : aku gigih kan?? enko tahu tak maksud gigih apa?? gigih tu serupa gagah la.. gagah macam aku.. kahkahkah.. *tunjuk muscle* weewiit

Monday 17 December 2012

cabaran #1 silent treatment

Assalamualaikum...

enko jangan cakap dengan aku.. enko paham tak?? aku lapo ni...

Hujung minggu lepas bukan la satu hujung minggu yang bagus untuk aku.. kenapa?? sebabnya fulus takde jadi aku duduk rumah sahaja.. satu hari tak keluar okeh.. power..power.. jarang aku menghabiskan hujung minggu dengan bermalas-malasan dengan omey sambil tengok segala movie yang ada dalam hard disk.. 

back to topic, aku ni memang pesen manusia yang cepat emosi agaknya.. kalau tak, takkan tengok video orang nikah pon aku boleh nangis sedangkan orang yang nikah tu tak nangis pon.. mengelabah kan.. aku tahu..aku tahu..jadinya kalau aku gaduh dengan tunang aku kalau aku marah memang aku cakap tak sedar diri.. ntah apa2 la aku cakap.. bukan makian okeh, tapi mungkin aku akan cakap sesuatu yang boleh buat dia sakit hati.. walaupon pada dasarnya aku tak maksud pon nak sakitkan ati dia.. nampak tak.. kalau kita marah senang je setan tu nak kawal kita.. setan..setan..

jadinya, selepas berdebat secara berhemah (sangat) dalam phone.. dengan suara yang lembut dan halus.. ok itu tipu... tapi takde la tinggi suara.. tegas tahu?? haa kira kitorang bertegas dengan pendapat masing-masing.. yang dia nak buat kenduri kahwin dekat hotel tapi aku nak kat rumah je.. ok aku tipu lagi.. tapi ada la masalah dalaman kami.. hahah 

maka sampai satu tahap aku rasa aku malas nak pangkah apa dia cakap, aku bagi je dia membebel.. bila jumpa dia aku dengar je cakap... kadang-kadang aku tak dengar pon.. kehkeh sebab aku buat macam tu, sebab aku malas nak panjang2 kan ketegasan yang berlaku antara kami.. bila dia tengok aku diam dia tahu aku malas nak cakap sal benda tu dan kira off topik la.. off topic bukan kira settle la tapi tunggu bagi hati dah tak panas baru bincang balik.. mungkin masa tu perut tengah lapar sebab tu marah2 kan.. yea aku kalau lapar aku suka marah.. ala sama je pon dengan dia.. lagi power tahap emosi dia kalau lapar...hahaahh

aku bukan kata diam tu bagus sangat tapi kadang-kadang aku rasa diam tu bagus untuk elakkan masalah jadi lebih teruk.. bila masing-masing dah sejuk bincang balik aku rasa benda tu lagi senang dan mudah daripada dua2 pon nak bercakap nak bertegas dengan pendapat masing-masing.. datang pulak perangai enko macam aku, pesen cakap ikot suka dan tak fikir hati orang kecik ke tak kan yang memang kecik tu.. jadinya kalau makwe/pakwe enko membebel enko biorkan dia cakap sampai habis.. enko tahan je telinga tu sampai la dia dah diam, baru enko tembak balik..kahkah.. aku main2 je la, enko jangan buat betul2 pulak.. tak settle kang.. enko terangkan lah pendapat enko pulak la, tapi jangan la tinggi-tinggi suara.. sabor, bertenang, fikir baik-baik .. ini kalau dua2 nak cakap sape nak dengar?? kan?? 

kadang-kadang sesekali bertegas dan berbincang tu bagus untuk memantapkan lagi kekukuhan hubungan,.,tapi tak payah la nak kerap sangat ada ketegasan tu.. kelembutan pon kena ada..okeh?? :)


*bertegas dalam kata lain bergaduh..tapi aku suka guna perkataan bertegas tu kerana kalau gaduh tu macam teruk sangat pulak bunyi dia.. tak nak la gaduh tak best.. hehehe aku ni manja orangnya puih.. kahkah*


p vs s : akibat silent treatment tu la pagi tadi aku dapat wish good morning dengan cara paling berhemah, romantik (sangat) dan sebangainya hahahahah :P

Saturday 15 December 2012

menulis #3 R.A.N.D.O.M

Assalamualaikum...

kadang-kadang aku rasa kenapa la aku ni baik sangat nak doakan-kebahagian-awak-bersama-dia sedangkan dia langsung tak suka malah benci dengan apa yang kau ada sekarang ni.. cuma pada aku ingat senang nak benci orang yang pernah aku sayang macam nak meninggal?? kira konon-konon macam jiwa dah sebati la gitew.. puih.. menyampah aku.. yea aku ni memang pesen kalau dah sayang orang, sayang sangat-sangat..tapi kalau aku dah benci kau tak payah la tunjuk muka kau depan aku.. tapi aku bukan jenis cepat benci orang la suka-suka aku je kan.. kira sekarang ni sebab terlalu ramai sangat orang ingat aku ni tak ikhlas doakan-dia-bahagia-bersama-yang-tersayang aku pon mula rasa aku tak perlu nak doakan orang yang asyik fikir buruk tentang aku.. macam la aku jahat sangat... 

next...

suka dan benci ni bukan kita boleh paksa-paksa.. mungkin hari ni kita suka dia, dia suka kita.. esok lusa kita tak tahu boleh jadi rasa benci.. kalau masa nak putus tu bekas pakwe/makwe enko cakap 

"saya akan sayang awak selagi saya hidup.. selamanya.."

pergi meninggal la.. yea masa tu kita rasa kita sayang sayang kat dia.. tapi enko kena ingat lepas ni enko akan jumpa dengan bakal suami/isteri enko yang pastinya enko akan wajib menyintainya seumur hidup enko.. aku pon cakap dari pengalaman aku jugak.. bila aku fikir balik, apekenbenda la yang aku merepek tu.. sampai saat akhir pon masih nak jaga hati dia?? baler..

berapa lama couple berapa lame jugak la kadang2 kita ni berusaha nak jaga hati pasangan kita.. dia memang tak sedar sebab pada dia, dia pon menjaga perasaan kita.. kira sama-sama menjaga perasaan satu sama lain la.. yea dia berharap kita akan berubah mengikut apa yang dia nak tapi dia pernah fikir tak adakah dia pernah berubah seperti apa yang kita nak.. aku tahu dalam percintaan kita kena terima pasangan kita seadanya.. tapi enko kena ingat takkan yang buruk kita tak boleh tegur.. hadap je?? habis kalau die menagih enko nak kawin dengan penagih ke?? aku bagi contoh je.. contoh.. kau jangan la ingat pakwe/makwe kau penagih pulak.. kehkeh..

dan ada jugak orang yang pesen tak boleh terima kenyataan.. dia ingat bila kita tegur dia, kita nak jatuhkan dia..malukan dia.. salah ke kalau kita tegur dia untuk masa depan kita dengan dia lebih terjamin.. kadang-kadang orang perempuan ni tak harap sangat nak kaya raya.. tapi asalkan hidup senang tu bersyukurlah.. ini takkan sampai nak beli susu anak pon takde duit.. ini hasil tinjauan aku dapat dari bercampur gaul dengan orang yang lebih tua dari aku.. yang dah berkahwin.. punya keluarga..yang mengalami masalah macam ni..

kalau seorang lelaki tu benar-benar menghargai kita dia takkan mengsiakan kita.. dia tak akan main-main dalam kehidupan dia.. yea setiap manusia buat silap.. aku akui itu.. tapi bila kita melakukan benda yang sama berulang kali itu bukan silap, tapi bodoh.. macam kau tahu nak keluar kena buka pintu, tapi kau pegi hantuk kepala kau kat situ.. nampak tak?? jadinya kita harus ambil setiap kesilapan tu dan cuba bangun untuk berdiri kembali.. patah sekali bukan terus tak boleh jalan berlagi..tapi harus kena dengan ubatnya..

sekian, terima kasih

p vs s : jika kita benar-benar menyintai seseorang hargailah mereka dan letakkan target dalam hubungan anda.. bukan sekadar angan-angan kosong...


Friday 14 December 2012

menulis #2 : M.O.V.E.O.N

Assalamualaikum....

sumber google

melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita bukan semudah mengatakan i love u kepada pasangan.. kecewa itu tidak indah seindah zaman bercinta.. jadinya kau sebagai seorang yang beragama islam kau kena banyak2 istiqamah.. belajar untuk redha, percayalah pada jodoh pertemuan di tangan ALLAH s.w.t..

untuk melupakan bekas pakwe/makwe kau tu kau kena kuat.. selain dari solat dan mohon doa dari DIA yang satu..kau kena usaha.. doa sahaja dan tawakal pon tak boleh.. kau kena usaha.. apa usaha yang kau kena buat?? pada aku la once kau dah ambil jalan untuk move on

  • sila la buang semua benda2 yang ada kaitan dengan dia..yang buat kau ingat dia bila pandang.. kau boleh pack barang2 dia, sama ada kau buang atau bakar.. itu pilihan kau.. mungkin baju kau boleh bagi ke orang yang memerlukan.. jadinya tak membazir.. dapat pahala sedekah..
  • block dari fb dan twitter or segala benda yang menghubungkan ko dengan dia.. sekurang-kurangnya enko tak jadi silent stalker..nak tengok dia post la ape la.. kadang2 dia tak sembang sal enko pon enko boleh terasa.. kahkahkah *emosi*
  • tukar nombor hp, itu adalah jalan terbaik..tapi kalau dah tukar tangan tu tak payah la menggatal nak dial no bekas pakwe/makwe enko.. 

banyak lagi aku rasa..kalau aku ingat nanti aku update2 kan.. sebenarnya jalan paling senang kau nak lupakan dia ialah kau fikir je dia dah happy tanpa kau disisi dia..sebab aku rasa dia bukan ingat enko pon.. jangan down kan diri sendiri.. kau penah fikir apa yang dia buat sampai kau nangis kecewa tahap kentang lenyek.. 

aku tahu dalam perhubungan kita kena ada istilah mencuba selagi termampu.. tetapi kau kena ingat jangan sampai memperbodohkan diri sendiri.. kesiankan sikit hati sendiri.. kadang2 bekas pakwe/makwe kita cakap dia dah cuba untuk hubungan enko..tapi sebenarnya dia nak sedapkan hati enko je.. ahh sebenarnya lebih kepada hati sendiri.. kalau dia betul2 serius dengan kau, dia tak akan main2 dalam life dia sebelum ni dan masalah-masalah tak akan timbul dan akan cuba yang terbaik..  belajar dari kesilapan lalu dan betulkan balik.. pada aku itu barulah FIGHT FOR LOVE. ni bukan pasal sabar ke tak sabar.. ini tentang sesuatu yang akan effect masa depan kau dan mungkin anak-anak kau satu hari nanti..

kau bercinta lima nam tahun pon kalau kau sorang je bersungguh pon payah.. kau yang risau tentang masa depan hubungan kau.. sedangkan bekas pakwe/makwe enko langsung tak ambil kisah.. mungkin ada yang ambil kisah tapi ambil kisah tanpa tindakan seperti kau nyalakan api dan tengok dia jadi besar dan bakar diri enko sendiri.. 

jadinya fikir-fikirkan :)


Thursday 13 December 2012

menulis #1 : K.A.W.A.N DAN C.I.N.T.A

Assalamualaikum..


".. aku memang tak ramai kawan, tapi aku bersyukur kerana kawan yang sedikit itulah yang ikhlas dan jujur..."

yea tu post aku kat fb semalam.. apa benda di sebalik post tu, yang sebenarnya memang aku tak ramai kawan pon, aku bukan jenis senang sangat nak berkawan, tapi bila aku da kenal dengan orang tu, aku akan jadi macam-dah-kenal-lama sedangkan tempoh perkenalan tu amatlah singkat.. 

kawan ni banyak jenis, contohnya kau couple dengan pakwe kau, dan secara tak langsung kawan2 pakwe kau tu pon jadi kawan kau..dan bila kau putus secara tak langsung meraka akan jadi eh-aku-pernah-jadi-kawan-kau-ke... kann.. ada je benda ni berlaku.. dari yang tak pernah baik dengan kau tetiba je jadi baik dengan kau sebab dia kawan pakwe kau dan dia rasa dia kena baik dengan kau..jadi bila kau dengan bekas pakwe kau dah takde pape dia pon konon2 macam support-friend-from-behind terus tak nak kawan kau.. sungguh itu tak lawak.. nampak sangat niat berkawan tu untuk apa..

dan..

ada jugak jenis yang bila bercinta dengan pakwe/makwe dia, dia terus buang kawan2..pada dia..

".. ehy la aku dah ada pakwe/makwe jadi bukan aku kawin dengan kawan-kawan aku pon nanti.."

kau nampak tak.. tapi bila pakwe/makwe kau tinggalkan kau..balik-balik kau cari kawan-kawan kau jugak (selain family kau la).. saat kau kecewa kau mintak kawan-kawan kau nasihat jugak..walaupon kadang-kadang nasihat diorang tu bukan boleh pakai sangat..hahaha, tapi sedikit sebanyak diorang tu ada masa kau sedih, susah.. pakwe/makwe (bekas lah tapi..) ado?? nan adooo..

masa korang ada masalah duit korang cari member2 korang ni jugak.. sebab masa korang bercinta, korang dengan pakwe/makwe korang mane ade duit.. tapi nak dating.. jadinya pinjam duit kawan.. kira macam nak sama-sama ganti la.. lepas tu korang sendiri yang bayar.. tapi takpe.. masa tu mesti korang akan cakap 

"takpelah guna duit aku dulu bayar hutang-hutang ni.. esok-esok dia kerja dia ganti.."

kau tahu apa aku nak cakap.. boleh-pergi-meninggallaaa.... jangan haraplah dia nak ganti, sebab tu sebelum putus or masa putus dulu.. pakwe/makwe korang dah cakap awal-awal.. 

pakwe/makwe : "halalkan makan minum saya yea awak.. yang terlebih terkurang.."

yang kau pun..

"oke sama lah kita"

dan tanpa kau sedar sebenarnya mak ai.. serupa menyimpan dekat bank la banyaknya duit kau labur ke dia, cuma takde interest la..bila fikir, boleh beli aipong sebijik la duit-duit kau labur ke dia.. tapi bila kau sedar dah terlambat nak mintak.. kira sekarang ni dalam kes ni kau la yang bodoh sebab nya dah bercinta pergi bagi duit segala kat dia.. bodoh tak?? bodoh ke tak ni aku tanya.. hahaha yelah kan, nak mintak segan, kang kata kita ni berkira dengan dia.. dah sendiri ada hutang ingatlah sendiri.. yea tak.. tapi kalau tak ingat tu bawa ke mati la jawapan dia.. tapi kalau kau ikhlas, alhamdulillah.. kau memang baik 

"..tulah, bercinta lagi muda-muda.. sebab tu dalam islam tiada istilah 'couple' kan dah jadi macam ni..siapa yang susah?? "

adik aku selalu ulang ayat ni ke aku dulu masa konon-konon kecewa sampai tak mampu nak pandang makanan, tidur pon tak lena.. macam setan betul.. asyik menangis je..

tapi bila kebangkitan tu dah berlaku dalam diri kau, kau memang dah tak akan pandang kiri kanan belakang dah.. percayalah ALLAH tu maha mengetahui segalanya.. dia datangkan kau dengan orang yang salah sebelum kau dapat mengenali insan yang betul-betul akan menjaga kau dan memiliki hati kau dengan ikhlas untuk kau hargai dia seadanya kau..oleh itu kau tak payah fike senteng sangat nak buang kawan-kawan kau masa tengah dok ralit bercinta.. kau bukan dapat apa-apa pon.. 

tapi pada aku yang bawah umur tu, yang pakai seragam lagi tu simpan-simpan la perasaan korang pada yang lebih memerlukan suatu hari nanti.. aku boleh bagi nisbah 1:10 je untuk golongan yang bercinta dari bangku sekolah ni yang selamat sehingga ke jinjang pelamin ni.. tahniah buat yang berjaya.. yang tidak bukan boleh usaha nak back-to-the-past untuk tak nak couple..yang korang akan dapat hanyalah penyesalan.. 


p vs s : aku kalau ada anak nanti jangan harap la dia nak bawa makwe/pakwe datang rumah selagi tak habis belajar.. takdenya aku nak bagi muka.. sekian

Friday 7 December 2012

Mesin Masa....

Assalamualaikum...

Tirai spm baru sahaja di tutup rabu hari tu.. Yea aku tahu, apa kena mengena dengan aku.. ye dak..

tapi..

yang buat aku kisah ialah adik aku yang no4 tu boleh di kira dah merdeka la sekarang..

dan zaman risau merisau sudah tiba di kemuncak..

Aku tahu aku bukanlah seorang kakak yang baik untuk di jadikan contoh,

TAPI,...

aku nak dia tahu, ataupon ambil kesilapan aku tu sebagai pengajaran buat dia supaya dia tak jadi macam aku..

sebelum ni, aku pernah sound die.. yea, untuk budak belasan tahun yang baru nak naik, bila kena tegur memang cepat melenteng.. ada je benda nak di jawabnya.. mungkin die tak sedar yang kita ni tegur untuk
kebaikan die jugak (mungkin ini rasa mama masa aku buat perangai dulu)

Mungkin die tak tahu, kalau aku ada mesin masa aku ingin patah balik kebelakang.. Aku ingin betulkan balik
benda-benda bodoh yang aku pernah buat dulu.. tapi aku sedar, nasa tak akan boleh di undur.. aku cuma mara ke hadapan dan cuba bangun daripada kesilapan yang pernah aku buat dahulu..

Bukan senang untuk kita sedar dan bangun.. kadang-kadang kita tahu apa yang kita buat tu salah.. tapi kita tetap buat.. kenapa?? sebab kita rasa seronok buat benda tu.. Contoh aku ambil pada diri aku sendiri, "Couple" aku tahu couple tu haram, aku tetap couple.. masa tu fikir nak seronok.. tapi, bila kecewa rasa serupa apa.. tak best pon couple tu..

Alhamdulillah, perkenalan aku dengan tunang aku ini sebagai kawan dan kami terus bertunang.. InsyaALLAH jika kami di panjangkan jodoh kami akan bernikah.. Hubungan yang di bina bertahun-tahun
tapi akhirnya sebagai seorang kawan dan mungkin akan menjadi seseorang yang kita tak kenali..

Cukuplah apa yang aku rasa, sumpah aku tak ingin dia merasakan apa yang aku rasa.. Bercinta, Berseronok, Kecewa.. untuk apa??

kadang-kadang, kita tak sedar kita buat kesilapan sampai kita dah jatuh terduduk, masa tu baru terfikir
kenapalah aku tak ikot cakap mak ayah.. masa tu nak patah balik pon tak guna.. Oleh itu..
Buka mata, kejar cita-cita.. bukan cinta.. Serahkan semuanya pada DIA yang satu.. Cintakan DIA.. insyaALLAH kita pasti akan dapat cinta dariNYA jua..

Aku pon dah tak tahu nak tulis apa, cuma aku harap dia sedar dan tak buat kesilapan yang aku buat
supaya die menjadi insan yang lebih baik.

sekian

p vs s: aku terfikir nak balik ke darjah lima kalau aku ade mesin masa.. kau?? ;)

Saturday 1 December 2012

air mata papa dan mama

Assalamualaikum

Tajuk nak gempak je kan.. sebenarnya untuk entri pertama ni aku nak dedikasikan khas untuk nyawa aku selama ni.. yea, mama dan papa..

Kita selalu tengok atau nampak situasi perempuan-menangis-lepas-akad-nikah ni masa lepas akad tu lah kan.. dan lainnya bgi pihak aku. Hujung minggu lepas aku baru je mulakan satu langkah kehadapan untuk sebuah perhubungan. dan lepas aku di sarung cincin oleh nenek dan tok pihak lelaki, aku punya hiba hanya DIA yang tahu.. aku pandang muka mama dan ada satu rasa sedih sangat.. tapi, air mata tu tak sempat menitik, cuma sempat bertakung.

dan selepas majlis, adik perempuan aku datang dan duduk bercerita dengan aku.. dia kata papa menangis lepas kak long sarung cincin.. aku tak semena-mena rasa macam sedih sangat. dan adik aku yang lelaki tu tambah, aku ni anak sulung mereka, mestilah rasa sedih sangat. sebab?? dulu masa kecik aku paling rapat dengan papa, papa pergi mana-mana mesti bawak aku..kalau dia takde waktu aku nak tido malam aku boleh nangis.. (ni mak aku cerita la) tak silap aku, aku tido dengan papa sampai umur aku 6 tahun kot..

tapi bila dah dewasa, jadi kurang rapat sikit.. tapi secara terus terang masalah aku kalau aku nak mintak rahsia ke nangis ke atau ada benda yang aku buat aku takot nak terus terang ke orang, papa la aku cari untuk luahkan perasaan.. dan papa memang penyimpan mohor besar rahsia aku la (masa tu je). sebab aku cerita ke dia, sebab papa ni bukan pesen bila dengar kita buat silap terus tembak aku dengan sniper rifle.. oke tu aku hover..haha tapi betul la.. sikit pon tak tinggi suara, dia akan tanya aku dengan cara paling lembut.. thanks papa...

dan mama...

mama, bila aku cakap papa nangis tak semena dia pon menangis juga..haha aku sendiri terkejut.. yelah sape lah yang tak sedih anak dia yang degil dan menyakitkan hati ni dah ke tahap yang satu lagi.. walaupon aku ni pesen degil tapi bak kata nenek aku, aku la racun, aku lah jugak penawar dia.. degil tapi dalam masa yang sama aku la anak yang selalu ada masa diorg susah..

kepada mama dan papa terima kasih dengan semua yang mama dan papa dah bagi sepanjang 24 tahun anak mu hidup.. insyaALLAH  kak long akan cuba yang terbaik untuk senangkan hati mama dan papa.. i love both of u..