Thursday 20 December 2012

GADIS EMOSI dan BUKAN REZEKI

Assalamualaikum...

Cerita bermula:

Gadis emosi ni sebenarnya baru lepas interview dekat suatu tempat yang dirahsiakan namanya.. nak dijadikan cerita, lepas interview tu omma dia call.. dan dia ni punya la excited sebab dia tahu hari ni result PMR keluar.. tapi die tengah drive.. dia monolog, "ahh peduli lah.. gila apa tak jawab panggilan ibu.. derhaka weh..derhaka.." jadi dia pon menjawab la panggilan itu...

" Assalamualaikum.. Awak agak-agak adik dapat berapa A?"

agak mencabar soalan tu untuk di jawab... lalu gadis emosi tersebut menjawab : 

" Mom can you just tell me?? haha..but i hope he will get straight A's"

dengan agak-agak melompat ibu gadis itu dia pon jawab,

 "Alhamdulillah, finally he get straigth A's.. I'm so happy.."

yang gadis emosi tu dengar-dengar je terus mengucapkan rasa syukur sambil air mata bergenang-genang menunggu masa jatuh ke pipi.. apa ni menangis?? orang dapat result gempak dan power dan hebat ni, dia menangis... tapi tulah nak cakap sebab dia emosi.. emosi gila tahap teragung..kahkah...

tiba-tiba.......!!!!!!


bunyi ala-ala siren turun makan masa dia kat asrama dulu, dia pandang kiri kanan highway ni.. tak boleh jadi.. salah dengar ke?? pandang side mirror.. cilake ini siren polis..setan..setan... dalam hati gadis emosi..

 "ahhh ini bala.. bala....."

sambil menghabiskan ayat terakhir ke ibunya

"mom, i should go now.. ada polis.. demit"

...................... teettttt talian di matikan...

.....................................................................................................................................................

incik polis:

"awak kerja apa??"

"sila keluarkan ic dan lesen awak...."

"awak tahukan kalau kena saman kena bayar RM300.."

kemain non stop...

si gadis ini menghulurkan ic dan lesen yang di minta pada awal tadi sambil menjawab :

"tahu incik, takpe.. incik saman je la saya"

gila redha habis dah.. dalam hati gadis tu.. piglet..pooh.. sponge bob..  banyak kot.. ahhh setan betei..

secara tak langsung semasa menghulurkan ic dan lesen tadi polis itu pun secara tak sengaja telah terpandang ke muka gadis emosi itu.... lalu bertanya :

" kenapa awak menangis ni?? "

gadis manje mengeleng-geleng kepala sambil menjawab.....

"takde pape incik, incik cepat la sikit saman saya"... 
(dalam hati..apa setan ko merepek ni??)

"kalau takde pape kenapa awak menangis??"

masih menangis....
"se....see...benarnya... tadi maaakkk.. saya yang call, dia bagitahu datuk saya baru meninggal"
(celah mane atok kau weh?? 
AMARAN: PERBUATAN INI TIDAK LAYAK MENJADI IKUTAN)

"datok awak meninggal?? sakit apa?? kat mana??

soalan dijawab sepi oleh tangisan yang teresak-esak macam setan nok harem tu...

"takpelah kali ni saya bagi awak muka.."

polis tu terus bagi ic dan lesen dan blah.. 

ape setan la si gadis emosi ni tadi terus menangis macam haper kat dalam kete tu.. sambil ketawa.. cilake punya perangai.. nangis dan ketawa.. kuajaq betul.. terus dia melepak kat dalam kereta sehingga emosi dia kembali stabil untuk memandu ke destinasi seterusnya.. sambil berfikir dan ketawa yang bersisa, datuk mane la yang baru meninggal tu?? datuk dia dah nak 20 tahun meninggal.. kahkah.. sambil berdekah dan rasa bersalah menghantui diri..

sampai kat depan lagi (jalan arah yang sama) dia terserempak lagi dengan incik polis tersebut tetapi dia dah jumpa mangsa lebih baik.. besar dan mahal.. kagum betul dia tengok kesungguhan incik polis itu buat kerja..kahkahkah... tulah pegi tanya kenapa dia nangis lagi, lain kali saman je.. tu mesti ada niat lain kan..kan.. kahkahkah.. takpelah anggap je BUKAN REZEKI polis tu nak saman gadis emosi tersebut.. kahkakah...


p vs s : gadis emosi tersebut sememangnya manja dan tiada kaitan dengan penulis sama sekali...kahkahkah dan sehingga saat ini gadis emosi tersebut masih ketawa..kahkahkah..


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.