Friday 14 December 2012

menulis #2 : M.O.V.E.O.N

Assalamualaikum....

sumber google

melupakan seseorang yang pernah hadir dalam hidup kita bukan semudah mengatakan i love u kepada pasangan.. kecewa itu tidak indah seindah zaman bercinta.. jadinya kau sebagai seorang yang beragama islam kau kena banyak2 istiqamah.. belajar untuk redha, percayalah pada jodoh pertemuan di tangan ALLAH s.w.t..

untuk melupakan bekas pakwe/makwe kau tu kau kena kuat.. selain dari solat dan mohon doa dari DIA yang satu..kau kena usaha.. doa sahaja dan tawakal pon tak boleh.. kau kena usaha.. apa usaha yang kau kena buat?? pada aku la once kau dah ambil jalan untuk move on

  • sila la buang semua benda2 yang ada kaitan dengan dia..yang buat kau ingat dia bila pandang.. kau boleh pack barang2 dia, sama ada kau buang atau bakar.. itu pilihan kau.. mungkin baju kau boleh bagi ke orang yang memerlukan.. jadinya tak membazir.. dapat pahala sedekah..
  • block dari fb dan twitter or segala benda yang menghubungkan ko dengan dia.. sekurang-kurangnya enko tak jadi silent stalker..nak tengok dia post la ape la.. kadang2 dia tak sembang sal enko pon enko boleh terasa.. kahkahkah *emosi*
  • tukar nombor hp, itu adalah jalan terbaik..tapi kalau dah tukar tangan tu tak payah la menggatal nak dial no bekas pakwe/makwe enko.. 

banyak lagi aku rasa..kalau aku ingat nanti aku update2 kan.. sebenarnya jalan paling senang kau nak lupakan dia ialah kau fikir je dia dah happy tanpa kau disisi dia..sebab aku rasa dia bukan ingat enko pon.. jangan down kan diri sendiri.. kau penah fikir apa yang dia buat sampai kau nangis kecewa tahap kentang lenyek.. 

aku tahu dalam perhubungan kita kena ada istilah mencuba selagi termampu.. tetapi kau kena ingat jangan sampai memperbodohkan diri sendiri.. kesiankan sikit hati sendiri.. kadang2 bekas pakwe/makwe kita cakap dia dah cuba untuk hubungan enko..tapi sebenarnya dia nak sedapkan hati enko je.. ahh sebenarnya lebih kepada hati sendiri.. kalau dia betul2 serius dengan kau, dia tak akan main2 dalam life dia sebelum ni dan masalah-masalah tak akan timbul dan akan cuba yang terbaik..  belajar dari kesilapan lalu dan betulkan balik.. pada aku itu barulah FIGHT FOR LOVE. ni bukan pasal sabar ke tak sabar.. ini tentang sesuatu yang akan effect masa depan kau dan mungkin anak-anak kau satu hari nanti..

kau bercinta lima nam tahun pon kalau kau sorang je bersungguh pon payah.. kau yang risau tentang masa depan hubungan kau.. sedangkan bekas pakwe/makwe enko langsung tak ambil kisah.. mungkin ada yang ambil kisah tapi ambil kisah tanpa tindakan seperti kau nyalakan api dan tengok dia jadi besar dan bakar diri enko sendiri.. 

jadinya fikir-fikirkan :)


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.