Monday 17 December 2012

cabaran #1 silent treatment

Assalamualaikum...

enko jangan cakap dengan aku.. enko paham tak?? aku lapo ni...

Hujung minggu lepas bukan la satu hujung minggu yang bagus untuk aku.. kenapa?? sebabnya fulus takde jadi aku duduk rumah sahaja.. satu hari tak keluar okeh.. power..power.. jarang aku menghabiskan hujung minggu dengan bermalas-malasan dengan omey sambil tengok segala movie yang ada dalam hard disk.. 

back to topic, aku ni memang pesen manusia yang cepat emosi agaknya.. kalau tak, takkan tengok video orang nikah pon aku boleh nangis sedangkan orang yang nikah tu tak nangis pon.. mengelabah kan.. aku tahu..aku tahu..jadinya kalau aku gaduh dengan tunang aku kalau aku marah memang aku cakap tak sedar diri.. ntah apa2 la aku cakap.. bukan makian okeh, tapi mungkin aku akan cakap sesuatu yang boleh buat dia sakit hati.. walaupon pada dasarnya aku tak maksud pon nak sakitkan ati dia.. nampak tak.. kalau kita marah senang je setan tu nak kawal kita.. setan..setan..

jadinya, selepas berdebat secara berhemah (sangat) dalam phone.. dengan suara yang lembut dan halus.. ok itu tipu... tapi takde la tinggi suara.. tegas tahu?? haa kira kitorang bertegas dengan pendapat masing-masing.. yang dia nak buat kenduri kahwin dekat hotel tapi aku nak kat rumah je.. ok aku tipu lagi.. tapi ada la masalah dalaman kami.. hahah 

maka sampai satu tahap aku rasa aku malas nak pangkah apa dia cakap, aku bagi je dia membebel.. bila jumpa dia aku dengar je cakap... kadang-kadang aku tak dengar pon.. kehkeh sebab aku buat macam tu, sebab aku malas nak panjang2 kan ketegasan yang berlaku antara kami.. bila dia tengok aku diam dia tahu aku malas nak cakap sal benda tu dan kira off topik la.. off topic bukan kira settle la tapi tunggu bagi hati dah tak panas baru bincang balik.. mungkin masa tu perut tengah lapar sebab tu marah2 kan.. yea aku kalau lapar aku suka marah.. ala sama je pon dengan dia.. lagi power tahap emosi dia kalau lapar...hahaahh

aku bukan kata diam tu bagus sangat tapi kadang-kadang aku rasa diam tu bagus untuk elakkan masalah jadi lebih teruk.. bila masing-masing dah sejuk bincang balik aku rasa benda tu lagi senang dan mudah daripada dua2 pon nak bercakap nak bertegas dengan pendapat masing-masing.. datang pulak perangai enko macam aku, pesen cakap ikot suka dan tak fikir hati orang kecik ke tak kan yang memang kecik tu.. jadinya kalau makwe/pakwe enko membebel enko biorkan dia cakap sampai habis.. enko tahan je telinga tu sampai la dia dah diam, baru enko tembak balik..kahkah.. aku main2 je la, enko jangan buat betul2 pulak.. tak settle kang.. enko terangkan lah pendapat enko pulak la, tapi jangan la tinggi-tinggi suara.. sabor, bertenang, fikir baik-baik .. ini kalau dua2 nak cakap sape nak dengar?? kan?? 

kadang-kadang sesekali bertegas dan berbincang tu bagus untuk memantapkan lagi kekukuhan hubungan,.,tapi tak payah la nak kerap sangat ada ketegasan tu.. kelembutan pon kena ada..okeh?? :)


*bertegas dalam kata lain bergaduh..tapi aku suka guna perkataan bertegas tu kerana kalau gaduh tu macam teruk sangat pulak bunyi dia.. tak nak la gaduh tak best.. hehehe aku ni manja orangnya puih.. kahkah*


p vs s : akibat silent treatment tu la pagi tadi aku dapat wish good morning dengan cara paling berhemah, romantik (sangat) dan sebangainya hahahahah :P

2 comments:

Note: only a member of this blog may post a comment.