Thursday 13 December 2012

menulis #1 : K.A.W.A.N DAN C.I.N.T.A

Assalamualaikum..


".. aku memang tak ramai kawan, tapi aku bersyukur kerana kawan yang sedikit itulah yang ikhlas dan jujur..."

yea tu post aku kat fb semalam.. apa benda di sebalik post tu, yang sebenarnya memang aku tak ramai kawan pon, aku bukan jenis senang sangat nak berkawan, tapi bila aku da kenal dengan orang tu, aku akan jadi macam-dah-kenal-lama sedangkan tempoh perkenalan tu amatlah singkat.. 

kawan ni banyak jenis, contohnya kau couple dengan pakwe kau, dan secara tak langsung kawan2 pakwe kau tu pon jadi kawan kau..dan bila kau putus secara tak langsung meraka akan jadi eh-aku-pernah-jadi-kawan-kau-ke... kann.. ada je benda ni berlaku.. dari yang tak pernah baik dengan kau tetiba je jadi baik dengan kau sebab dia kawan pakwe kau dan dia rasa dia kena baik dengan kau..jadi bila kau dengan bekas pakwe kau dah takde pape dia pon konon2 macam support-friend-from-behind terus tak nak kawan kau.. sungguh itu tak lawak.. nampak sangat niat berkawan tu untuk apa..

dan..

ada jugak jenis yang bila bercinta dengan pakwe/makwe dia, dia terus buang kawan2..pada dia..

".. ehy la aku dah ada pakwe/makwe jadi bukan aku kawin dengan kawan-kawan aku pon nanti.."

kau nampak tak.. tapi bila pakwe/makwe kau tinggalkan kau..balik-balik kau cari kawan-kawan kau jugak (selain family kau la).. saat kau kecewa kau mintak kawan-kawan kau nasihat jugak..walaupon kadang-kadang nasihat diorang tu bukan boleh pakai sangat..hahaha, tapi sedikit sebanyak diorang tu ada masa kau sedih, susah.. pakwe/makwe (bekas lah tapi..) ado?? nan adooo..

masa korang ada masalah duit korang cari member2 korang ni jugak.. sebab masa korang bercinta, korang dengan pakwe/makwe korang mane ade duit.. tapi nak dating.. jadinya pinjam duit kawan.. kira macam nak sama-sama ganti la.. lepas tu korang sendiri yang bayar.. tapi takpe.. masa tu mesti korang akan cakap 

"takpelah guna duit aku dulu bayar hutang-hutang ni.. esok-esok dia kerja dia ganti.."

kau tahu apa aku nak cakap.. boleh-pergi-meninggallaaa.... jangan haraplah dia nak ganti, sebab tu sebelum putus or masa putus dulu.. pakwe/makwe korang dah cakap awal-awal.. 

pakwe/makwe : "halalkan makan minum saya yea awak.. yang terlebih terkurang.."

yang kau pun..

"oke sama lah kita"

dan tanpa kau sedar sebenarnya mak ai.. serupa menyimpan dekat bank la banyaknya duit kau labur ke dia, cuma takde interest la..bila fikir, boleh beli aipong sebijik la duit-duit kau labur ke dia.. tapi bila kau sedar dah terlambat nak mintak.. kira sekarang ni dalam kes ni kau la yang bodoh sebab nya dah bercinta pergi bagi duit segala kat dia.. bodoh tak?? bodoh ke tak ni aku tanya.. hahaha yelah kan, nak mintak segan, kang kata kita ni berkira dengan dia.. dah sendiri ada hutang ingatlah sendiri.. yea tak.. tapi kalau tak ingat tu bawa ke mati la jawapan dia.. tapi kalau kau ikhlas, alhamdulillah.. kau memang baik 

"..tulah, bercinta lagi muda-muda.. sebab tu dalam islam tiada istilah 'couple' kan dah jadi macam ni..siapa yang susah?? "

adik aku selalu ulang ayat ni ke aku dulu masa konon-konon kecewa sampai tak mampu nak pandang makanan, tidur pon tak lena.. macam setan betul.. asyik menangis je..

tapi bila kebangkitan tu dah berlaku dalam diri kau, kau memang dah tak akan pandang kiri kanan belakang dah.. percayalah ALLAH tu maha mengetahui segalanya.. dia datangkan kau dengan orang yang salah sebelum kau dapat mengenali insan yang betul-betul akan menjaga kau dan memiliki hati kau dengan ikhlas untuk kau hargai dia seadanya kau..oleh itu kau tak payah fike senteng sangat nak buang kawan-kawan kau masa tengah dok ralit bercinta.. kau bukan dapat apa-apa pon.. 

tapi pada aku yang bawah umur tu, yang pakai seragam lagi tu simpan-simpan la perasaan korang pada yang lebih memerlukan suatu hari nanti.. aku boleh bagi nisbah 1:10 je untuk golongan yang bercinta dari bangku sekolah ni yang selamat sehingga ke jinjang pelamin ni.. tahniah buat yang berjaya.. yang tidak bukan boleh usaha nak back-to-the-past untuk tak nak couple..yang korang akan dapat hanyalah penyesalan.. 


p vs s : aku kalau ada anak nanti jangan harap la dia nak bawa makwe/pakwe datang rumah selagi tak habis belajar.. takdenya aku nak bagi muka.. sekian

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.