Saturday 1 December 2012

air mata papa dan mama

Assalamualaikum

Tajuk nak gempak je kan.. sebenarnya untuk entri pertama ni aku nak dedikasikan khas untuk nyawa aku selama ni.. yea, mama dan papa..

Kita selalu tengok atau nampak situasi perempuan-menangis-lepas-akad-nikah ni masa lepas akad tu lah kan.. dan lainnya bgi pihak aku. Hujung minggu lepas aku baru je mulakan satu langkah kehadapan untuk sebuah perhubungan. dan lepas aku di sarung cincin oleh nenek dan tok pihak lelaki, aku punya hiba hanya DIA yang tahu.. aku pandang muka mama dan ada satu rasa sedih sangat.. tapi, air mata tu tak sempat menitik, cuma sempat bertakung.

dan selepas majlis, adik perempuan aku datang dan duduk bercerita dengan aku.. dia kata papa menangis lepas kak long sarung cincin.. aku tak semena-mena rasa macam sedih sangat. dan adik aku yang lelaki tu tambah, aku ni anak sulung mereka, mestilah rasa sedih sangat. sebab?? dulu masa kecik aku paling rapat dengan papa, papa pergi mana-mana mesti bawak aku..kalau dia takde waktu aku nak tido malam aku boleh nangis.. (ni mak aku cerita la) tak silap aku, aku tido dengan papa sampai umur aku 6 tahun kot..

tapi bila dah dewasa, jadi kurang rapat sikit.. tapi secara terus terang masalah aku kalau aku nak mintak rahsia ke nangis ke atau ada benda yang aku buat aku takot nak terus terang ke orang, papa la aku cari untuk luahkan perasaan.. dan papa memang penyimpan mohor besar rahsia aku la (masa tu je). sebab aku cerita ke dia, sebab papa ni bukan pesen bila dengar kita buat silap terus tembak aku dengan sniper rifle.. oke tu aku hover..haha tapi betul la.. sikit pon tak tinggi suara, dia akan tanya aku dengan cara paling lembut.. thanks papa...

dan mama...

mama, bila aku cakap papa nangis tak semena dia pon menangis juga..haha aku sendiri terkejut.. yelah sape lah yang tak sedih anak dia yang degil dan menyakitkan hati ni dah ke tahap yang satu lagi.. walaupon aku ni pesen degil tapi bak kata nenek aku, aku la racun, aku lah jugak penawar dia.. degil tapi dalam masa yang sama aku la anak yang selalu ada masa diorg susah..

kepada mama dan papa terima kasih dengan semua yang mama dan papa dah bagi sepanjang 24 tahun anak mu hidup.. insyaALLAH  kak long akan cuba yang terbaik untuk senangkan hati mama dan papa.. i love both of u..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.