Friday 29 November 2013

Assalamualaikum,

Sebenarnya banyak yang aku nak cerita. Cerita pasal apa, pasal majlis aku yang dah seminggu lepas.
Tapi kasik aku masa sikit kumpul maklumat yea. Nanti aku akan up dengan entri baru ye..

Ah org baca ke tidak.. lantok..

Bye.. nak peluk suami.. hahahah

Tuesday 12 November 2013

E M O S I

Assalamualaikum. .

Lately ni aku ada satu penyakit, sejak nak kawin ni emosi pantang kena cuit memang cepat je air mata ni jatuh. Entah la.. aku stress,  banyak lagi tak settle. Kotak goodies tak siap-siap lagi. Bunga telur pon. Dengan hantaran yang tak susun lagi. Aku risau.  Kurang 10 hari je lagi ni. Itu part kerja kawin.

Ini yang satu lagi masalah aku yang berat aku ni naik sampai 5kilo kenapa? Siap ukur lilit lengan pon bertambah. Ya ALLAH sumpah aku stress. Patutlah fitting baju haritu ketat dekat lengan. Aku down betul. Giler punya down.

Yang pentunang pon busy sampai tak dapat layan aku kenapa?? Eeeee streeeessssss.. kbye

Wednesday 6 November 2013

T W O W E E K S T O G O

weeiii gemuruh wei.. 

Kucar kacir jugak hidup aku ni.. 

Seram..

Sejuk..

Gemuruh..

Tazabar..

Dada ni debor serupa apa ntah..

ahhhhhhhhhh.....

Tuesday 29 October 2013

K E R J A

Assalamualaikum

Hai lately ni aku stress betul. Stress dia sampai aku rasa nak berhenti, menyampah dengan semua orang dekat office ni. Tu yang membawa kepada pos yang bukan2 dekat fb. Dan kebetulan pulak husband HOD aku ada dalam friendslist aku. Mengadulah, apa lagi.

So aku kena panggil la apa lagi. Lagi dan lagi.. lagi.. Celake banyak betul lagi. Dia tanya apa sebenarnya masalah aku. Hamik ko, aku dah memang piss off hbais, aku cakap je semua sebab apa aku jadi macam tu.

Celake betul selama ni stalk aku, sampai bende2 privacy aku pon dia nak ambil tahu. Lepas tu siap mintak maaf sebab campur hal personal aku. Like hek eleh. Bosan betul part tu.

Betul aku cakap, aku takde masalah pon dengan kerja aku, aku suka kerja aku buat sekarang ni, yang aku menyampah management. Entahlah, Dapat hod pon selalu nak tunjuk hebat depan orang, yelah dah tentulah dia hebat tapi tayah kot nak tunjuk sangat macam konon2 awak paling penting. pui. Ewah emosi betul aku ni..

Aku fikir nak berhenti, tapi semua orang suh aku sabar sampai dapat kerja tempat lain. Dan aku pon nak kawin, jadi aku rasa aku perlu bersabar sikit. Mungkin ni ujian nak kawin. Dah lah aku nak sambung buat kerja. Bosan betul kalau tiba2 hod aku jerit panggil nama aku dari dalam bilik dia.

Annoying tahu annoying? hoh!!

Monday 28 October 2013

H E T U R N I N G 2 5 T H

Assalamualaikum

Cinta Bersatu - Liyana Jasmay

First of all,
Thanks you very much for always
be there for me,
Supporting me when i'm suddenly collapse,
Encouraging me to study and finish what i had started,
Listening to all my problem and solve with your soft spoken opinion,
For joy and love that you give,

How can i ask more for what ALLAH give me?
because you're the best thing happen in my life 
and 
for all those other things that you made for me.
Thank you dear.

HAPPY 25th BIRTHDAY LOVE

I'll love you till my last breath, insyaALLAH
MAY ALLAH EASE EVERYTHING FOR US.

-AMIN-









Thursday 24 October 2013

M Y W E D D I N G C H E C K L I S T #3

Assalamualaikum

Untuk entri ni aku nak kongsi tentang Majlis Pernikahan aku nanti. InsyaALLAH jika di izinkan ALLAH aku akan dinikahkan pada 22 November 2013 mengambil berkat hari Jumaat dan venue adalah di kediaman keluarga aku di Melaka. Yea awak, saya tahu lagi 29 hari lagi. Kau ingat tak nervous hati hakak ni? heh...

So all my preparation going well. Alhamdulillah.

1) Pelamin
Aku tempah kat Melaka je. Untuk majlis nikah dan berinai malam tu je. Vendor ni aku pakai yang buat majlis tunang aku dulu. Simple dan murah. Gambar nanti aku up lepas majlis la yea. tehee

2) Make-Up
Pon MUA dari Melaka je. Salima Samail. Rakemen daripada member baik aku sebenarnya. Akak-akak dia semua pakai MUA tu. Hopefully hasil dia pon cantik, menarik tertarik kau memang deBOOM!

3) Baju
Baju Melayu pentunang dah lame siap. ada la 2 bulan aku rasa. yang aku pon baru siap last 2 week. tapi aku nak kena alter balik tu sebab kalau orang tengok aku pakai gitu mati kena bebel. sebab ketat sikit bahagian bawah. So maybe dalam next week aku pergi jumpa dia. Aku buat kat most talented designer Fuzana Mohtaza. Ni pon kawan aku rakemen.

4) Khemah
Untuk khemah ni papa ambil 2 buah khemah je. Sebab majlis aku pon nanti akan dibuat kat dewan. Tapi aku da mneyesal ni. Baik buat dekat rumah je. Khemah murah weh. Sewa khemah tu siap skirting+meja+kerusi. Dalam RM500. Murahlah pada aku.

5) Caterer
Kan aku dah cakap, bab makanan ni memang aku bagi mama yang uruskan. Yang aku tahu, caterer majlis nikah ni sama dengan majlis sanding aku. Mama cakap senang ambil satu tempat. Aku tak kisahlah.

6) Hantaran
Part ni aku kecik hati sikit. Nanti jelah aku cerita. Geram.

7) Photographer & Videographer
Untuk photo aku ambil dari Andaq Photographer, dia ni member aku yang rekemen. Gambar dia pon aku tengok cantik. Kita tengoklah hasil dia macam mana nanti. Dan Videographer ni aku ambil masa aku pi pameran kahwin dekat SACC Mall. Hopefully hasil kedua2 nya dapat puaskan hati aku ni..

8) Bunga Pahar
Bende ni aku tak start pon buat lagi wei.. Ahhhhh kecewanya dengan diri sendiri. Barang dah beli tapi tak mula2 lagi. Awak semua doakan saya sempat siapkan okay.. Bajet nak DIY la konon.

Aku rasa itu je dululah.. Nanti sambung lain pulak. Bye

Wednesday 2 October 2013

Because Study is too Wonderful

Assalamualaikum

sekadar gambar hiasan

Bila aku tengok gambar aku mesti rasa nak belajar.
Tapi.. Jangan salah paham, aku nak belajar bukan sebab gambar.
Cuma aku belum puas untuk rasa nikmat belajar tu.
Aku rasa semakin aku belajar semakin aku bangang.
Banyak bende tak tahu. 

Dan

Yang paling penting!!
Kalau.. Kalau okay..
Aku dapat sambung belajar kali ni..
Aku dah niat yang aku nak dapatkan first class.
Okay kau katalah aku berangan.
Hidup dalam fantasi..
Tapi aku kena usahakan untuk rasa susah payah 
dan
dapat imbuhan dari apa yang diusahakan
Aku tahu, kalau aku berangan je mesti tak dapat.
Yea. aku kena usaha.

Work hard for what i want and sure
Because study is too Wonderful
what the hell i'm mumbling around?
Just please..

Awak sila doakan saya. Terima kasih :)

Tuesday 24 September 2013

Y A K I N

YAKIN!!

Aku ni terlalu yakin atau terlebih yakin ke?
Sebab aku pasang impian nak ke sana?

Persoalanya, aku juga masih terus mencuba, cuba untuk mendapatkan tempat di sana.
Soal yakin atau terlalu yakin itu aku jugak sama seperti yang lain, was-was.

Sebab aku tahu, bukan senang untuk ke sana.
Bukan semua orang dapat peluang ke sana.

Aku cuma mampu untuk mencuba dan terus mencuba.
Kerana itu cita-cita aku, impian aku. Bukan kau.

Jadi aku harap, kau boleh berhenti untuk terus mempersoalkan,
Yakinnya aku, Mampukah aku,
atau
Layakkah aku?

Sebab aku sendiri pon tak tahu, aku cuma mahu mencuba.
Sekurang-kurangnya kalau aku tak dapat, aku tahu aku pernah cuba.

Jadi salahkah aku terus yakin?

Friday 20 September 2013

Impian yang kesampaian atau ketidak kesampaian

Assalamualaikum

Hye harini aku nak membebel sikit. Randomly tentang impian aku sejak kecil. Aku ni sejak kecil memang suka berangan.. Tapi berangan je la dapatnya. Macam contoh aku pasang impian nak belajar dekat kolej tunku kursiah.. end up aku belajar dekat sekolat kebangsaan tunku kursiah je.. hahah oklah dapat la gak kan.. bangang betul rasa buat lawak tapi hambar ni.. ok dah..

Aku punya impian dari kecil lagi nak belajar oversea. tapi disebabkan kepala hotak aku ni takde lah bijak sangat sampai nak further study ke sana lepas spm aku simpan dan pendam je impian aku ni. sampailah aku habis degree aku terfikir nak sambung master sebab aku malas nak kerja. boleh alasan gitu? ntah la aku rasa aku tak puas lagi belajar. sampai aku rasa puas hati dengan result aku tu aku berhentilah.

setelah aku berbincang dengan pentunang tentang planning aku ni dia cakap okay, tapi dia mintak aku tak ambil kos yang lama2. so far yang aku tgk it just take about 1 year. hopefully if dapat lah..so now aku dah apply utk master. kat mana tggu lah approve application aku tu baru sembang lain. tapi aku betul2 harap aku dapat. with scholarship indeed. itupon kalau dapat. proses banyak lagi ni. tapi aku rasa utk tempoh tu aku boleh prepare all the document for requirement.

Jangan cakap aku nak sambung luar negara ke dalam negara sebab aku tengok mane yang dapat. yelah result spm and degree pon takde lah hebat mane. hoh. lap peluh.. nervous kalau ingat result spm.. :(

last but not least, jom doa sama-sama semoga urusan kita dipermudahkan. AMIN

love u guys.

Ally

Thursday 5 September 2013

M Y W E D D I N G C H E C K L I S T #2

Assalamualaikum

Hye hari ramai betul staff office ni ambil cuti, termasuk bos aku.. So aku pon ambil peluang up 1 2 entry :)

MAJLIS AKAD NIKAH

Untuk majlis akad nikah aku, setelah berbincang sebulat suara akan dilangsungkan di rumah. Yelah sebab aku pon dah buat majlis kawin di dewan, so papa nak buat satu majlis di rumah pulak.. As u wish mom..dad.. Pada mulanya majlis sanding pon nak buat kat rumah tapi aku yang tak nak.. bukan isu demand tapi aku tak nak mak aku kena kemas sorang-sorang.. ok dah.

Untuk majlis nikah ni, aku boleh cakap yang 50% dah siap. Borang tak settle lagi sebab pentunang aku masih belum sempat proceed bahagian dia untuk submit ke sana. Dia tak dapat cuti, cuti kena reject dgn bos. kecik ati jugak aku dengan perangai bos dia tu. hoh.

Nikah ni untuk hantaran aku dah settlekan, barang dan hiasan. nasib baik cukup bajet aku.. huhuhu So sekarang tunggu output dari tukang buat hantaran je. Caterer dan khemah pon mama dan papa dah settlekan. bab makanan memang aku kasi ke mama dan papa la untuk decide. 

Untuk baju je aku risau sikit, diam je.. diam kalau diam dan buat aku tak kisah. jangan diam tapi tak buat je.. haaa kasut aku tak cari lagi, myb beli yang biasa2 je. tapi tak tgk lagi pon.. kaki aku ni bukan boleh pakai heels sgt. nntlah itu cari kemudian pon takpe, kalau takde aku pinjam je lah siapa2. bukan nak pakai pergi mana pon.

Pelamin tu aku nak buat yang simple je. tapi aku memang nak buat sendiri pon pelamin tu. semua aku nak buat sendiri la eh! hurm.. kad kawin dah siap tunggu nak ngantor print, bunga telur pon x siap lagi.. sedihnya dengan perangai diri sendiri. 

nntlah aku sambung lagi.. okay

Saturday 31 August 2013

M BESAR

Aku biarkan blog ini sepi tanpa update..
Mungkin aku dah takde skill menulis
Ataupun
Aku memang takde bakat sejak azali?

Ah dulik.
Yang pasti sekarang,
Aku cuma MALAS
MALAS BENAR.

Thursday 11 July 2013

#Trip : London #Apartment


Assalamualaikum :)

ok entri ni aku buat khas utk yang tanya aku tinggal kat mane masa kat London hari tu..
dari Malaysia memang dah book awal2 takot penuh..
tempat die dekat je dengan arab street-banyak halal food sini, jalan sikit dah jumpa oxford street.. :)

Indurrah Apartment
20 Porchester Place, Hyde Park, London, United Kingdom W2 2PD
Rate L350-L450/per night 
(itu untuk unit aku duduk, ada gak yang bilik je..tapi aku tak tanya pulak rate berapa)

Pintu masuk ke lobby 

Master bedroom

Second Room

Third Room

Dining Hall

Kitchen yang lengkap dengan segalanya

Family Hall

View from my Aparment

Actually, stay sini okay.. ada masalah sikit tang air.. sebab air ni macam di kawal sikit.. tengah basuh pinggan tiba2 pap air panas.. amik enko, terkejut kejap.. call orang bawah okay balik..
sebab aku masak kat rumah jadi bila nak basuh pinggan tu je yang selalu jadi gitu..
internet kena beli, 1 hari L3.. L ni pound okay.. tanda dia takde plak kat lappy ni..

so far okay.. 4 bintang :)

#Trip : London #Part2

Sambungan...

Second Day

Hari ni baru plan nak pergi mana sebenarnya.. Tunggu uncle yang acah2 tourist guide semua pon "boleh" datang tapi kemain lewat 1jam.. So lepas tunggu sikit punya lama tu dia datang n bagi tahu nak pergi mana n suh dia susun jadual perjalanan kami..

Oh yeah, aku pesan kat korang jangan lupa ambil buku map masa turun dari flight tu.. banyak dan free.. dalam buku tu ada map dan tanda mane tempat menarik sekitar london and england..

untuk hari ni aku cuma di bawa berjalan sekitar london.. tempat pertama aku pergi Royal Albert Hall.. bukan masuk pon, ambil gambar dari luar je.. nampak buruk je dari luar tapi aku tahu kat dalam pergh...



dan lepas tu terus pergi Buckingham Palace untuk tengok changing guard.. sebenarnya guard2 istana ni nak tukar shift kerja je.. tapi style la.. Malaysia aku tak pernah pulak tahu.. hurm..
yelah sultan kita pon bertukar tiap 5tahun.. tu yang macam semangat tu kureng..










ramai kot orang.. masa ni Queen Elizebert ada lalu naik kereta kuda.. Tapi aku tak sempat nak snap pic.. macam kagum sangat.. yang sebenarnya aku ni dah penat berdiri terjengket2.. semua tinggi2 pulak..adoi ai..

okay next aku pergi Eye Of London.. tengok pic je la okay..




Tu Big Bang.. Church sebenarnya.. Tempat Lady D kawin dan meninggal..
okay next place aku pergi ialah Tower Bridge




yang tempat ni paling aku suka pergi.. tak guna shopping je semangat.. hahahha

Oxford Street


Primark!! Recommended if nak shopping baju murah..hahaha 
satu lagi Selfridges, tapi tempat tu utk masuk dan lihat je.. mahal..

tu je utk hari ke dua.. yang lain sambung esok.. okay :)



Wednesday 10 July 2013

#Trip : London #Part1

Assalamualaikum

Hai hari ni aku nak membebel tentang percutian aku minggu lepas selama 10 hari tu.. Aku harap korang tak bosan la.. okay :)

First Day
Aku dengan family aku semua bertolak ke airport KLIA lepas subuh. Around 6.30 a.m.. Awalkan.. biasalah jalan dengan orang tua ni kalut semacam je semua nak cepat 4jam.. empat okay.. EMPAT.. flight pukul 12.20 tgh hari ye kawan2..

So lepas check in semua breakfast dulu.. ntah apa nama kedai tapi nasi lemak dia ikan bilis keras kemain.. crunchy gitu.. ok dah.. untuk pengetahuan korang mama and papa aku tak pergi sebab mama nak simpan cuti untuk aku kawin nanti.. aku? unpaid sudey.. malas aku nak pikir..

So aku naik Airbus - MH 004 ke Heathrow, London. Sepanjang perjalanan yang selama 12jam tu.. aku cuma tidur 3jam je kot.. itu pon masa dah nak sampai.. punyalah aku tgk movie dari satu ke satu.. makanan pulak boleh tahan sedap.. hurm..






sampai dekat sani waktu tempatan pukul12 tgh malam.. aku pon dah lupa.. tapi kat sana pukul5.. siang lagi.. cuaca sejuk dalam 14-16 'c.. tunggu orang datang ambil, adalah sejam.. lepas tu terus ke apartment yang aku duduk selama 1 minggu lebih tu..





sampai aku terus tido.. takde pergi mane pon.. dah nanti aku sambung lain.. tak guna dari pagi tadi nak update..petang baru dapat.. busy kemain.. bye.

selamat berbuka :)

Sunday 16 June 2013

#RANDOM APA ITU GEMBIRA

SUMBER GOOGLE


Apa itu Gembira?

Gembira pada aku bila orang yang kita sayang gembira..
Itu pada aku, engkau aku tak tahu..
Jaga hati orang sampai hati sendiri kita lupa,
Ke kau lupa apa kau mahu?

Untuk pengetahuan kau, Aku jugak punya hati..
Itu kalau kau mahu ambil tahu, Hati aku bukan utk kau sakiti..

dan...

Kalau kau lupa, Hati aku juga perlu gembira..
Itu aku yang kata, Kerana sakit itu aku yang rasa..

Kau aku tak tahu, sebab kau gembira.. Kan?


untuk hati  


notakakikecik : sedih sebab at last i do nothing~

Friday 14 June 2013

I NEED HOLIDAY

Assalamualaikum

Why London? Why?
Because that's the place that i'm waiting to go.. 
Really want!
and
InsyaALLAH if ALLAH ease,
i'll be there soon.. 
But, not for study.. Just make a short trip.. shopping.. 
Maybe 1 fine day i'll go there for study.. who know right :)




Looking forward to this place so much!
Why Not?? Right?? even in my dream.. heh~


notakakikecik : aku dah takde mood nak kerja...okbai

Wednesday 12 June 2013

Pergi!!


Malam tadi kau datang..
Dalam mimpi aku..
Angkuh.. Sombong..
Itu kau, bukan aku..

kau tahu aku rasa apa?
kau tak tahu sebab kau tak rasa..
aku tahu kau sedang bahagia..
aku pon rasa benda yang sama..

cuma..
kalau aku boleh pilh untuk buang aku dah buang 
ya..aku sedang buang, buang rasa pada kau..
rasa yang dah lama tawar, hambar..

kau sila pergi..
pergi dari terus mengganggu..
mengacau setiap mimpi..
engkau perosak setiap pagi ku..

Sila pergi
Baik dalam hidup aku..
atau pun lena ku.. 
Sila pergi.. 


notakakikecik: I can’t bear it.. u're always be my super annoy person.. Fakyu, leave!

Monday 10 June 2013

M Y W E D D I N G C H E C K L I S T #1 Random Check


1) Tarikh 

Nikah : November 2013
Resepsi : November 2013
Bertandang : Disember 2013

2) Venue

Nikah : My Home (Done)
Resepsi : Dewan (Done)
Bertandang : Rumah Pentunang (Done)

3) Colour Theme

Nikah : Soft Yellow, Family-Brown (Done)
Resepsi : Off-White, Family-Soft Peach (Done)
Bertandang : Grey, Family-Cream  (Done)

4) Guest Count

Nikah : Family and close friends (100 - 200)
Resepsi : 600-1000
Bertandang : 600-1000

5) Caterer

Nikah : Salmah Caterer
Resepsi : Salmah Caterer
Bertandang : Pihak lelaki tentukan

6) Make-Up Artist

Nikah : Salima Samail
Resepsi : ??
Bertandang : ??


7) Photographer and Videographer

Nikah : Andaq Photographer
Resepsi : Andaq Photographer
Bertandang : Kiv

notakakikecik: owh banyak lagi rupanya.. okay stress!! lebih lagi next update.kbye dah stress..tak guna

When Stranger Become Close Friends.. and When Close Friends Become Stranger

Assalamualaikum

Lately ni aku lebih tercemar kepada kehidupan sosial.. bukan sosial pergi kelabing tu paham? cuma aku lebih expose kepada persahabatan.. make a new friends and so on.. Sesuatu yang positif la pada diri aku ni.. kalau tak pusing2 kawan-kawan aku yang itu jugak.. bukan aku kate mereka tak bagus, tapi cukup bagus.. cuma yelah, orang kabo, cari kawan ramai-ramai musuh jangan sekali.. okay?

jadi ditakdirkan aku kenal dengan mereka-mereka ni.. boleh tahan bawak perkara-perkara lucu dalam hidup dan diri aku yang memang tak lucu ni.. aku memang lambat panas dengan orang yang baru kenal.. kalau dalam alam maya *skema* memang boleh la bantai berlucu.. bila depan2 aku macam speechless.. entah aku pon baru generate diri aku.. tak best betul.. 

tapi bende tu kire bende baru untuk aku.. ALLAH hantar orang-orang yang lucu dan cool untuk aku healing dan terus gembira.. selalu buat aku ketawa dan tak pernah pon memperkecilkan aku.. thats the point.. kawan-kawan yang tak de rase iri hati atau dengki dengan apa kau ada.. okay paham? itu apa yang aku rasa tentang diorang.. apa yang diorang rasa ke aku, aku pon tak tahu.. cuma aku bersyukur.. bersyukur sebab aku kenal dengan diorang saat aku tengah dalam mode: hujan.. 

ada antara mereka aku tak pernah pon jumpa.. tapi setakat ni aku suka je kawan dengan diorang.. ehy? aku suka, suka la.. hurm.. 










gambar ihsan tuiter... maafkan saya ambil gambar kalian tanpa bertanya.. maafkan saya.. sayang enkorang.. muah!


notakakikecik: awak yang ada masalah dengan saya tu, sampai bila nak cakap belakang? eloklah tu.. 


Thursday 16 May 2013

Cikgu!! Cikgu ialah Cikgu paling Power...

Assalamualaikum..

Semalam lagi aku dah wish hari guru ke cikgu aku.. cikgu yang aku sayang la.. sambil mengibau kenangan manis pahit dekat sekolah.. boleh tahan nakal aku dulu..aku harap anak aku tak gitu la nanti.. susah jugak kalau keluarga mertua salahkan aku perangai anak aku gitu..kakaka.. "Anak ibu kecik2 dulu baik je..tak macam ni pon..." aku sakit je hati dengar ayat tu... eiiiii

ok dah part tu.. entri ni aku tuju kepada cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku secara langsung atau tidak...

untuk cikgu radin, saya tak pernah lupa apa yang cikgu pernah buat dekat saya.. ya bukan mudah bagi orang degil macam saya sedar.. tapi cikgu memang power.. power untuk sedarkan saya..kalau bukan sebab cikgu, saya tak usaha sedaya upaya untuk subjek lukisan kejuruteraan..dan tak dapat A..dan saya tak ambil seni bina yang power tu.. cikgu memang power..

terima kasih..

untuk cikgu math baik yg ajar math moden or add math dari sekolah rendah sampai menengah, terima kasih sebab tak pernah putus asa ngajar aku yang nampak nombor lembab serupa setan ni.. jasa kalian sangat aku hargai, kena cubit, berdiri atas meja, ketuk ketampi, urm apa lagi yang aku tak pernah kena rotan sebagainya.. kerana kalau kalian tak buat gitu memang aku sambil lewa je la dengan matematik.. stress belajar matematik, tapi stress lagi bahasa inggeris..hak..

terima kasih..

untuk cikgu yang ajar aku english pulak.. walaupon aku lupa nama kalian semua kecuali cikgu yati yang memang sangat versetail dalam mengajar english..die memang power..selamber je aku buat oral nyanyi lagu hoobastank.. paling memahami mungkin kerana dia jua cikgu nettball aku..yang lain cikgu english tahu hina aku depan kelas je..lagi2 cikgu yang ajar aku masa form 5.. ntah sape name die.. terima kasih daun keladi harap jangan buat dekat student lain lagi.. apa2 pon aku tak dendam, cuma teringat jadi luka pahit sebentar..

terima kasih

untuk cikgu matapelajaran lain, terima kasih..kalian memang banyak berjasa untuk aku sampai ke hari ini secara langsung atau tidak.. kepada cikgu kimia.. cikgu amran terima kasih secara langsung kerana pernah cakap saya takde masa depan.. lusa saya nak ambil skrol ni..

terima kasih...

terima kasih cikgu-cikgu sekalian.. jarum yang patah jangan di simpan di dalam hati.. lain kali berjumpa lagi.. walaupon kadang kala ada ayat2 cikgu yang buat saya pilu tapi sebab ayat pilu tilu cikgu la saya jadi manusia..

TERIMA KASIH....


notakaki : boleh tahan power skill aku masa sekolah dulu.. power die boleh jadi power rangers.. kakaka kbye~

Thursday 18 April 2013

#SEMBANGKAHWIN 1 : BAJU

Assalamualaikum..

Lama tak update entry, last update meroyan kan..haha tapi hari ni aku nak kongsi sikit part persiapan perkahwinan aku.. hurm baju sanding and nikah..

untuk baju nikah, aku baru je hantar semalam.. kain nye dah beli awal dah buat hantaran masa bertunang dulu, jadi aku dengan pentunang masing-masing dah ada kain untuk nikah..tinggal pilih nak hantar tailor je.. jadi, aku pon cari lah. mak aku tak kisah kalau aku hantar kat mane-mane pon janji sedap pakai dan dia tak rosakkan kain tu..

lama jugak la aku cari, tengok harga dan siapa designer tu.. mulanya nak hantar ke Ridzuan Razwil tapi awok-awok semua tahu la konfem meletop harga dia..jadi untuk aku yang hanya nak buat baju kurung moden ni ada baiknya aku ambil yang sederhana je.. aku pon tanya-tanya member-member aku dan tengok blog gambar designer ni.. tiba-tiba aku rasa aku nak hantar baju ke dia la.. aku pon tanya member aku, ALIAZWA, designer tu kawan dia.. aku mintak no phone bagai dan buat appointment.. mulanya hari Ahad tapi ada sedikit masalah, aku pon tukar hari Isnin iaitu semalam..

sebenarnya, designer ni budak Architecture jugak budak UIA.. wah kemain ambil yang satu line je kau kan..hahah aku memang suka kerja dia, nak beli baju-baju dia macam mahal sangat belum waktu untuk aku habiskan gaji aku ke baju-baju lagi.. yang buat aku betul-betul rase memang nak ambil dia bila aku tengok dia buat baju member aku bertunang.. memang jatuh cinta.. cantik kot.. kawan aku cantik memang dah satu hal la.. tapi baju dia pon cantik jugakk berkenan yang amat..

so semalam aku datang je dia sambut pon baik, peramah.. dan dia sketch baju tu memang ikot apa yang aku nak dan aku harap hasil dia pon akan cantik.. aku memang nak yang simple je dan plain sebab aku rasa lace tu pon dah cukup buat berkelip.. aku ni bukan apa, kalau aku datang orang tak sketch ni aku macam kureng berminat sedikit, macam ada satu tailor aku pegi tu dia tak reti nak sketch. mungkin sebab aku pon dalam bidang yang sama jadi aku rasa sketch tu sangat penting, walaupon aku sendiri pon takdelah hebat mane sketch tu.. jadi selesai bab baju nikah..

warna apa? kita tggu dah siap nanti ;)

her sketch

p/s : nanti review baju nikah.. gambo kat tmpt lain..