Thursday 24 October 2013

M Y W E D D I N G C H E C K L I S T #3

Assalamualaikum

Untuk entri ni aku nak kongsi tentang Majlis Pernikahan aku nanti. InsyaALLAH jika di izinkan ALLAH aku akan dinikahkan pada 22 November 2013 mengambil berkat hari Jumaat dan venue adalah di kediaman keluarga aku di Melaka. Yea awak, saya tahu lagi 29 hari lagi. Kau ingat tak nervous hati hakak ni? heh...

So all my preparation going well. Alhamdulillah.

1) Pelamin
Aku tempah kat Melaka je. Untuk majlis nikah dan berinai malam tu je. Vendor ni aku pakai yang buat majlis tunang aku dulu. Simple dan murah. Gambar nanti aku up lepas majlis la yea. tehee

2) Make-Up
Pon MUA dari Melaka je. Salima Samail. Rakemen daripada member baik aku sebenarnya. Akak-akak dia semua pakai MUA tu. Hopefully hasil dia pon cantik, menarik tertarik kau memang deBOOM!

3) Baju
Baju Melayu pentunang dah lame siap. ada la 2 bulan aku rasa. yang aku pon baru siap last 2 week. tapi aku nak kena alter balik tu sebab kalau orang tengok aku pakai gitu mati kena bebel. sebab ketat sikit bahagian bawah. So maybe dalam next week aku pergi jumpa dia. Aku buat kat most talented designer Fuzana Mohtaza. Ni pon kawan aku rakemen.

4) Khemah
Untuk khemah ni papa ambil 2 buah khemah je. Sebab majlis aku pon nanti akan dibuat kat dewan. Tapi aku da mneyesal ni. Baik buat dekat rumah je. Khemah murah weh. Sewa khemah tu siap skirting+meja+kerusi. Dalam RM500. Murahlah pada aku.

5) Caterer
Kan aku dah cakap, bab makanan ni memang aku bagi mama yang uruskan. Yang aku tahu, caterer majlis nikah ni sama dengan majlis sanding aku. Mama cakap senang ambil satu tempat. Aku tak kisahlah.

6) Hantaran
Part ni aku kecik hati sikit. Nanti jelah aku cerita. Geram.

7) Photographer & Videographer
Untuk photo aku ambil dari Andaq Photographer, dia ni member aku yang rekemen. Gambar dia pon aku tengok cantik. Kita tengoklah hasil dia macam mana nanti. Dan Videographer ni aku ambil masa aku pi pameran kahwin dekat SACC Mall. Hopefully hasil kedua2 nya dapat puaskan hati aku ni..

8) Bunga Pahar
Bende ni aku tak start pon buat lagi wei.. Ahhhhh kecewanya dengan diri sendiri. Barang dah beli tapi tak mula2 lagi. Awak semua doakan saya sempat siapkan okay.. Bajet nak DIY la konon.

Aku rasa itu je dululah.. Nanti sambung lain pulak. Bye

2 comments:

Note: only a member of this blog may post a comment.