Saturday 5 January 2013

menulis #4 CURANG is WONDERFOOL??

Assalamualaikum....


banner ni classmate aku yang buat, jumpe kat google


pergghhh tajuk tak nak kalah..oke dah..

kenapa pasangan perlu curang??

kalau pasangan kita tiba-tiba ada makwe/pakwe lain kita rasa kita takde buat silap pon.. tapi kenapa kita kena dumb macam tu.. sakit tahu?? hahha..padan muka sapa suruh bercinta muda-muda..kahkah.. ok dah.. maafkan penulis.. *emosi gelakkan orang*


aku tahu mesti korang rasa marah gila.. yela mane taknye enkorang punyalah setia tapi tiba-tiba pakwe/makwe korang selamber je ade orang lain.. sebenarnya, bila benda ni terjadi kita mesti nak salahkan orang lain.. maksud aku, korang salahkan pakwe/makwe korang yang curang tu tanpa korang sedar sebenarnya korang pon buat silap jugak.. tapi tak nak mengaku, sebabnya satu je.. ego..


manusia ni memang lumrah dijadikan macam tu, bila buat baik cepat je mengaku tapi bila buat jahat kemain susah nak ngaku.. yelah siapa nak ngaku salah sendiri ye dak?? tapi aku rasa tak salah kalau kita cuba tengok balik apa kesalahan pada diri kita dan cuba perbaiki.. bukan nya kau ambil jalan mudah untuk terus-terus menyalahkan orang lain..


situasi dia simple, setiap perkara yang berlaku dalam sesebuah perhubungan tu pasti ada puncanya.. puncanya bukan bermula apabila pasangan korang ada orang lain (curang).. tapi sebelum tu.. korang penah fikir tak yang berapa lama dia bersabar dengan perangai korang?? betapa banyak dia makan hati, sakit otak fikir hal korang.. tapi korang senang-senang je letakkan kesalahan korang semua dekat dia..


sebenarnya dalam kita tak sedar setiap pasangan pasti ada rasa sifat tak puas hati antara satu sama lain.. yea aku akui aku pon turut begitu.. sebab itu perlunya ada perbincangan.. dan mestilah disusuli dengan tindakan..barulah perhubungan itu cantik.. tak guna jugak kalau berbincang bagai nak rak tapi takde tindakan serupa macam tanam bunga tak siram dan jaga..harap hujan je.. tak guna..


member aku penah sembang dengan aku tentang benda ni, dia cakap kat aku..

" kalau kita memang dah betul-betul jumpa pasangan kita, tiada alasan untuk kita cari makwe/pakwe lain.. lainlah kalau kau memang jenis tukar-tukar pasangan "

aku pon sendiri ada baca bila aku search benda ni.. tapi aku dah lupa.. kalau aku jumpa nanti aku akan attach balik kat sini.. aku rasa kenyataan yang member aku bagi tu betul.. sebabnya, kalau masa kita dengan pasangan kita, kita rasa tenang je, kira rasa selesa, kekurangan kita ditutup oleh dia, kekurangan dia ditutup oleh kita, jadi saling melengkapi antara satu sama lain.. jadi kalau dah rasa macam tu adakah kau rasa engkau sendiri akan cari makwe/pakwe lain?? masalah curang tu akan timbul apabila ada masalah dalam hubungan tu.. 


kita ni senang bila dah kena tinggal kita salahkan pasangan kita sebab tinggalkan kita ikot makwe/pakwe lain.. tapi kita sedar tak kenapa dia tinggalkan kita.. yea mungkin cara mereka tu nampak kejam.. tapi adil tak enko rasa dekat dia yang menunggu enko berubah yang tak ubah-ubah..janji tabur macam-macam tapi akhirnya hanya apa pon takde..


sebenarnya dalam isu kat atas ni, apa-apa pon enkorang kena sedar yang jodoh-pertemuan, ajal-maut semua di tangan ALLAH.. ye kita sebagai hambanya perlulah berusaha.. cuba kita tengok balik diri kita apa yang kita dah usahakan?? setakat kau tunggu pasangan kau tanpa bertindak itu kau kate usaha?? jangan buat lawaklah..serius itu tak kelakar.. kita kena sedar setiap orang tahap sabar dia pon ada limit..


jadi bila kena dumb korang jangan cepat sangat melenting.. korang cuba tengok balik kenapa hubungan korang jadi macam tu.. kenapa?? apa sebabnya?? kaji dulu.. dan tak salah cakap mintak maaf.. korang sedar tak yang sebenarnya ALLAH tu dah sediakan jalan yang paling indah untuk korang.. hari ni mungkin korang kena tinggal dengan makwe/pakwe korang tapi korang sedar tak kalau dia tak tinggalkan korang, korang takkan berpeluang jumpa orang lain dan perbaiki diri korang untuk perhubungan itu jadi lebih baik..


......................................................................


mak sedara aku pernah nasihatkan aku, masa tu aku tengah drive dan memang emosi aku tengah tak stabil masa tu fikiran aku bercelaru, hati aku tengah keliru.. antara sayang dan cinta, masa hadapan dan harapan..dia cakap:

"dalam dunia ni kita kena sedar semua benda bukan milik kita.. kita ni penyewa je dalam dunia ini..kita kena ingat, dunia yang kekal selamanya ialah apabila kita mati dan dihidupkan semula.. kenapa hendak menangis bila ALLAH tarik balik apa yang pernah dia pinjamkan dekat kita?? kita patut bersyukur.. dia uji kita sebab dia sayang dan dia tahu kita mampu untuk menghadapi ujian tu.. kalau kita redha mesti senang hati kita, tapi untuk redha dan ikhlas bukan semudah petik jari.. hati kena merelakan.. jujur pada diri sendiri, jujur pada hati.."


cukup.. sampai situ je.. apa yang dia cakap dah cukup buat aku sedar.. yang selama ni aku dah lama sangat hidup dalam angan-angan dan mimpi yang entah kemana.. jadi kerana itu aku bangun kembali tanpa mengharapkan sesiapa...


kadang-kadang ada benda yang kita nak sangat tapi kita tak dapat dan benda yang kita tak nak tulah yang kita dapat.. jadi kenapa susah sangat nak bersyukur untuk apa yang kita dapat daripada kita tak dapat apa-apa.. perkahwinan bukan sekadar majlis, tetapi ikatan dua buah keluarga dan keredhan kedua ibu bapa kita.. meraka tahu  yang terbaik..


sekian..



p cubit s: aku tak pernah curang  kepada pasangan aku, tetapi aku beri peluang kepada hati aku untuk orang yang menghargai kewujudan aku.. untuk kau.. aku salah ke?



4 comments:

  1. same ! tak penah curang. tp kene dump jugak

    kdg2 dunia nie tak adil kan? haha
    tp sume ada hikmah memasing :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. positifkan minda kita..
      itu dah bahagian yang kita dapat :)

      sekurang2nya kita tahu DIA jaga kita untuk oarang yang selayaknya mendapatkan kita.. insyaALLAH jodoh itukan rahsia ALLAH

      Delete
    2. tapikannn il, ada mamat nie kan dia siap dah wat istikharah. tue dia serius ke? :(

      Delete
    3. istiharah dia tu tuju ke zati ke??
      kalau dah jodoh tak kemana..
      lebih elok tak payah couple..
      mengelakkan benda yang boleh membawa kita ke dosa..
      kalau boleh kawal xpe.. :)

      jgn guna nama il.."PP" je..

      Delete

Note: only a member of this blog may post a comment.