Tuesday 8 January 2013

membebel #3 Selesai 1 Part

Assalamualaikum

Semalam aku baru habis paper terakhir ijazah aku.. orang lain which means classmate aku dah konvo tahun lepas..aku je yang buat sampai 3 tahun.. rasa loser sikit kat situ..tapi sekurang-kurangnya aku habis belajar.. tu je.. pointer jangan cakap.. second class lower je aku mampu.. banyak main semester satu dulu.. padan muka aku.. takpelah aku belajar dari kesilapan aku.. dan aku dah pon apply untuk master..asalkan pointer atas 2.5 boleh je mohon kat uitm ni.. Alhamdulillah kalau dapat syukurlah..

Sebenarnya aku tak rasa nak sambung master ni.. tapi tunang aku pon suruh aku sambung, dia bagi aku peluang nak belajar.. lepas aku habis dia pulak nak sambung..tapi kalau rezeki awal dia sama-sama la belajar dengan aku.. Kira aku ni berangan tinggi jugak la, siap tengok universiti kat luar negara.. hahah tak nak kalah, tapi aku tengok je.. nak apply? non ado.. mahal weh.. giler.. nak dapat scholar pon aku tak layak..

Ada orang kata aku culture shock masa masuk uitm dulu.. Yea aku mengaku, sedikit sebanyak aku memang culcute shock aku silap, aku mengaku.. tapi tu bahagian aku dan sekurang-kurangnya aku sedar yang aku pernah melakukan kesilapan.. dan aku move on.. aku cuba habiskan belajar ni jugak.. mungkin waktu tu umur aku muda lagi kot.. dapat pulak universiti dekat bandor.. feeling bandor la kejap.. haha tapi itu aku yang dulu la.. 

Masa parents aku nak pergi Mekah untuk buat haji masa tu aku sedar yang selama ni bapak aku lah yang tanggung dosa aku.. mak dengan ayah aku dah jaga aku baik-baik dah tapi aku tambah dosa diorang lagi.. so aku pon ambil keputusan untuk berubah.. bukan secara drastik, sekarang pon aku masih terus belajar.. belajar untuk terima kesalahan dan cuba untuk fix balik masalah yang aku cipta sendiri..

Alhamdulillah sedikit sebanyak banyak yang dah berubah dalam diri aku sekarang ni.. aku bersyukur.. bila aku nak berubah ALLAH hantarkan orang-orang yang baik untuk sentiasa bagi aku nasihat dan tunjuk kat aku jalan nak berubah.. Sekurang-kurangnya aku berubah ke jalan yang lebih baik daripada sebelumnya.. ada hikmah semua benda tu jadi ke aku..

Mungkin kalau aku tak jatuh aku tak akan belajar macam mana nak bejalan dengan betul..aku still lagi bejalan menyerong.. nampak?? aku tak bangun untuk buat kesilapan yang sama kali dua.. aku dah jumpa destinasi terakhir aku, yang mana aku akan menetap di sana untuk satu jangka masa yang panjang, sampai bila?? aku tak tahu cuma aku harap biarlah ianya berkekalan hingga akhir hayat aku..

Aku tak benci dia.. tapi aku sayang dia sebab bagi aku peluang untuk belajar.. belajar daripada kesilapan.. sayang tak semestinya cinta kan.. tapi aku pon bukan jenis nak mendoakan kebahagiaan dia.. apa yang aku tahu sekarang aku dah penat nak jaga hati dia..sentiasa nak melindungi sehingga hati aku yang sebenarnya sakit.. aku tak mampu lagi.. jadi aku pilih jalan aku sendiri, biarpun berliku sekurang-kurangnya aku nampak penghujungnya.. 

Doakan aku

Sekian.


p dan s bergabung : fikir untuk masa hadapan, bukan hanya untuk waktu sekarang.. fikirlah.. kau yang pilih kau nak jadi apa.. bukan aku bukan sesiapa tapi diri kau sendiri..

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.