Friday 4 January 2013

membebel #2 TAHUN BARU, AZAM BARU

Assalamualaikum



Rasanya belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru kepada semua...Semoga tahun 2013 ni mendatangkan keberkatan kepada kita semua.. inshaALLAH.. untuk aku sendiri begitu banyak perkara yang dirancang dan aku hanya mampu berdoa agar semuanya dipermudahkan..

Kebahagian tu bukan datang sendiri tapi kita kena cari.. Yea aku usaha untuk cari kebahagian aku sendiri tanpa aku bergantung pada insan yang aku harap boleh bagi aku kebahagian... dulu.. dulu la.. Pada aku satu je, hidup kena ada matlamat.. Tanpa matlamat kau serupa botol kosong yang balutnya cantik.. Nampak cantik diluar tetapi didalam KOSONG.. 

Tahun lepas aku sendiri dah melalui satu fasa yang mematangkan aku dalam hidup.. Yang dapat membuka mata aku untuk melihat siapa yang lebih menghargai diri aku dan memandang aku sebagai seorang wanita dan bukannya betina.. Yang memandang aku untuk menjaga dan mendidik aku bukan untuk menjadikan aku tempat permainan yang selepas seronok digunakan ditinggalkan.. Yea aku bersyukur kerana setelah 12tahun terjebak dalam cinta monyet yang memang diakhirkan dengan jatuh terjelepuk ke tanah (padan muka aku) aku akhirnya dapat keluar dari kaum monyet tersebut.. dan aku dah berjanji pada diri aku sendiri, kalau aku ada anak nanti selagi dia belum tamat persekolahan jangan berharap nak bercinta..langkah mayat aku dulu.. amboi keras bunyi, tapi aku serius..

Aku akui bukan senang untuk melupakan orang yang kita pernah sayang separuh mati, tapi ianya tidak susah.. Pokok pangkal hati kau.. Hati kau kena kuat.. Sayang tu kena dua-dua.. kalau sayang sebelah pihak je pon tak jadi..dan kalau cakap sekadar kat mulut je sayang tapi kau buat dah tak endah.. baik kau hidup single sehingga kau betul-betul bersedia.. Pada pandangan aku la.. Sembang pasal komitmen dan sayang tapi kau sendiri tak pasti apa kau buat dalam hidup pon tak boleh.. 

Tahun Baru ni aku rasa memang betul-betul permulaan yang baik untuk aku.. Aku tukar tempat kerja, kerja baru, suasana baru, kawan-kawan baru, yang lebih baik.. INSYAALLAH, ALHAMDULILLAH.. Aku tengah tunggu masa untuk aktifkan nombor baru aku.. Aku tahu yang dia takkan cari aku lagi dan aku pon berharap yang aku tak payah cari dia lagi.. Tapi aku tukar nombor ini untuk aku berdiri dengan lebih kukuh lagi tanpa ada ingatan lain.. Hp yang aku pakai sekarang pon aku beli dengan dia, dan aku memang nak tukar hp baru pon.. OTW semua aku dah susun satu-satu untuk nampak lebih tersusun..


Aku percaya pada perancangan ALLAH itu adalah yang terbaik.. Dia bagi aku hujan lebat guruh berdentum bagai tetapi di pengahirannya sebelum dia bagi aku matahari yang menyinar dia hadiahkan aku pelangi yang indah.. 


walaupon pelangi itu kekalnya hanyalah seketika, tetapi dek kerana cantiknya dia aku terus gagah menghadap sinaran matahari yang bahangnya masih akan aku rasa tetapi cahaya dan sianarannya melengkapkan aku.. 


Syukur ya ALLAH atas semuanya.. Aku berharap semua ini kekal hingga ke akhir hayat aku.. Kau permudahakan urusan hambamu ini.. 


Akhir kata, Selamat Tahun Baru Kalian.. Semoga Tahun 2013 ini lebih baik untuk kita semua.. Tinggalkan perkara lama, mulakan nafas baru, kamu yang baru.. Kita boleh :)


P bisik ke S : orang bila dia lakukan kesilapan dia tak pernah sedar, hanya tahu salahkan orang lain..kau nak tahu sebab apa?? sebab EGO..


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.